bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Thursday, May 19, 2011

Si MuSaFiR ciNtA dAn Si GaDiS...(^_^)~PaRt 2


~Pic di atas meminjam bait-bait lirik "Bunga-Bunga Cinta > Filem Dalam Mihrab Cinta~
~Pic ini sekadar untuk disesuaikan dengan kesinambungan cerpen ini..~



...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 


Seperti yang saya janjikan tempoh hari, hari ini saya akan meneruskan kesinambungan cerpen karya saya yang bertajuk "Si Musafir Cinta dan Si Gadis"
Mari kita hayati dan ikut membayangkan situasi yang akan saya gambarkan melalui gaya penulisan yang santai sebentar lagi..
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ya sahabat..
Mari kita mulakan penjelajahan dalam merungkai isi hati Adam dan Hawa..


Setelah pertemuan SI MUSAFIR dan SI GADIS tempoh hari, tanpa diduga hati SI MUSAFIR telah terpaut pada SI GADIS..
Berlegar-legar alis mata redup SI GADIS di kotak fikirannya..
SI MUSAFIR sudah tidak betah duduk lagi..
Ada saja yang tidak kena pada tutur kata mahupun perlakuannya..
Dia rebah dek panahan cinta SI GADIS..
Tanpa diketahui SI MUSAFIR, SI GADIS juga mengalami hal yang sama..
Perasaannya pada SI MUSAFIR semakin hari semakin bercambah, bak bunga yang mekar dek PANAHAN CAHAYA MENTARI pagi..
Pabila kedua-duanya sedar bahawa masing-masing sedang dikalahkan dengan nafsu dan emosi, lantas  mereka terus tunduk mengadap SANG PENCIPTA..
PENCIPTA LANGIT dan BUMI..
Yang bertanggungjawab mengawal hati dan jiwa manusia..
Yang mengetahui yang NYATA mahupun TERSEMBUNYI..
Yang dapat merungkai yang TERSURAT mahupun yang TERSIRAT..
Mereka kembali memohon pada YA RABBI..
ISTIQHARAH CINTA pun memainkan peranan dalam menraih petunjuk ILAHI..
Hanya DIA yang mampu menunjukkan jalan yang benar lagi lurus..
Mereka sedar akan hakikat itu..
Lantas, KETIKA CINTA BERTASBIH, AYAT-AYAT CINTA pun turut bercerita..
SI MUSAFIR dan SI GADIS masing-masing duduk berteleku dan mula menyusun bahasa indah DI ATAS SAJADAH CINTA sambil meratapi kekhilafan diri yang mula dikuasi ANASIR dan VIRUS CINTA MANUSIA..
BICARA TANPA KATA mula menyusun rentak mengikut MELODI TANGISAN INSAF kedua-dua insan ini..
Mereka bermonolog sendirian tatkala mengadu pada SANG PENCIPTA tentang hati masing-masing yang kian dipenuhi BUNGA-BUNGA CINTA, bak selautan taman yang didiami mekarnya mawar merah..
Harum dan mewangi.......
Mereka buntu..
Cinta bagaimanakah yang mereka dambakan??
Adakah sehebat cinta SHAH JEHAN kepada MUMTAZ sehingga sanggup membina tugu cinta bak TAJ MAHAL???
Atau sedalam cinta LAILA terhadap MAJNUN???
Juga seperti cinta ROMEO dan JULIET yang sanggup berkorban nyawa antara satu sama lain???
TIDAK!!!!!!!!
Mereka tidak tega mencintai manusia melebihi cinta mereka terhadap SANG PENCIPTA..
Mereka lebih rela kehilangan cinta makhluk dari kehilangan CINTA YANG ESA...
Mereka menadah tangan lalu memohon kepada YA RABBI..

Ratap SI MUSAFIR lewat doanya:

"YA ALLAH............
Sekiranya dia yang ENGKAU ciptakan buat diriku..Yang ENGKAU telah catatkan namanya di LUH MAHFUZ khas buat diriku..
Yang akan melengkapkan kelemahanku dengan kelebihannya..
Sekiranya dialah tulang rusukku yang hilang itu, Maka aku memohon kepadaMU YA RAHMAN, YA RAHIM..
Engkau satukanlah hatiku dan hatinya..
Hanya kepadaMU aku memohon pertolongan..."

Doa SI GADIS lewat malam yang hening:

"YA ALLAH..ampunilah kekhilafan diriku YA ALLAH..
Aku rebah dek godaan cinta dunia yang fana..
Namun YA LLAH, hatiku telah terpaut dek ketulusan hati si dia..
Sekiranya si dia yang engkau takdirkan sebagai imamku sejak azali, maka satukanlah hati kami..
Jadikanlah si dia sebagai khalifah dalam hidupku..
Aku rela menjadi makmum dan belahan jiwanya Ya ALLAH...
Perkenankanlah doa hambaMU yang kerdil ini
AMIN YA RABBAL ALAMIN"

Mereka  menyerahkan sepenuhnya jiwa dan raga kepada SANG PENCIPTA..
Mereka akur dengan aturan ILAHI..
Hati mereka milik ILAHI..
Mereka yakin takdir ALLAH itu yang terbaik..
Dan janji ALLAH itu PASTI!!!!
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah juga sebaliknya..
Dan mereka yakin, sekiranya mahukan pasangan yang baik, soleh, mahupun solehah, mereka perlu menjadikan diri sendiri baik, soleh dan solehah terlebih dahulu..
Kini, mereka pasrah akan ketentuan ILAHI..
Lalu , bait-bait lagu BUNGA-BUNGA CINTA, DALAM MIHRAB CINTA berkumandang di corong radio seperti memahami apa yng mereka rasakan waktu dan ketika ini..


"B
unga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta"




P/S: Saya berharap pembaca dapat menghayati setiap bait kata yang saya gunakan di dalam cerpen ini..Sama-sama renungkan dan ambil iktibar di sebalik cerpen ini..Segala kekurangan itu datang dari kelemahan saya sendiri..Dan kebaikan yang anda dapati dari cerpen ini, tentunya dari ALLAH (S.W.T)
Wallahualam...(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails