bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Thursday, April 29, 2010

~~ImAn, aKaL dAn HaTi~~


Assalamualaikum.........
Tatkala ini hati ingin menyusun bicara..
Menasihati sesama kita..
Walaupun aku tahu cara ini merupakan selemah-lemah iman..
Namun diri ini masih ingin memberi sedikit nasihat buat memperingati diri juga teman taulan..
Marilah sama-sama muhasabah diri..


Tatkala hati diamuk badai pilu..
Iman menjengah menepisnya berlalu..
Akal tidak kurang hebatnya mentafsir situasi itu..
Sehingga emosi pulih seperti dahulu..



Oleh itu, bangkitlah insan kenali dirimu..
Jangan biarkan nafsu terus membelenggu..
Teguhkan iman di dasar kalbu..
Supaya Takwa bersemadi dalam jiwamu……

                                                                                                                                         Hasil Nukilan
                                                                                                                                   ~NaD NaDiEyAh~

Website Hit Counters

Website Hit Counters

Tuesday, April 27, 2010

BiDaDaRi..................

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara..
Assalamualaikum penyeri madah..
Hari ini jejari terasa ingin menari-nari mencoret secebis bait-bait indah puisi..
Buat mengubati rindu tinta dek kesibukan pemiliknya..
Tinta maya ini tidak betah tanpa info-info dari pemiliknya..
Lalu minta diisi dengan bingkisan wadah baru buat santapan yang sudi membaca..
Lalu tercetuslah idea puisi yang bakal menyusul sebentar lagi..
Mari sama-sama menyelami maksud yang ingin disampaikan...






BIDADARI..
Engkau ditafsir dunia dari perspektif yang berbeza..
Bukan agama yang menjadi sandaran..
Bukan akhlak yang menjadi ikutan..
Melainkan kecantikan juga yang menjadi keutamaan..


BIDADARI
Sewajarnya engkau dikenali muslimah sejati..
Sebagai hamba yang Tawadduk pada Ya Rabbi..
Menjadi pendamping setia buat sang suami..
Juga memegang 'title' ibu mithali..


BIDADARI..
Ayuhlah ikuti pengorbanan Siti Khadijah..
Mari sama-sama teladani kesabaran Siti Fatimah..
Juga ikut mencontohi kesetiaan Siti Aisyah..
Semuanya lambang wanita solehah..

BIDADARI..
Cuba imbas kembali kisah mujahidah bangsa..
Rabiatul Adawiyah srikandi kebanggaan..
Serta Sumayyah yang rela syahid demi agama..
Jadi di manakah letaknya iman kita???

BIDADARI..
Hari ini engkau dipuja serta dipuji..
Engkau pun mula u'jub, meninggi diri..
Tidak gentarkah engkau jika kelak engkau dicaci???
Di hadapan jutaan manusia di sana tempat hakiki...

BIDADARI..
Nasihat ini ikhlas lahir dari sanubari..
Bukan objektif untuk menunding jari..
Tetapi hanya untuk memperingati sesama sendiri..
Tentunya lebih kepada diri sendiri...

BIDADARI..
Selama ini engkau hanya bisa menjadi bidadari dunia yang  bersifat fatamorgana..
Sebenarnya engkau juga mampu menjadi sebahagian daripada penghuni Syurga..
Namun usaha, doa, tawakal dan istiqamah wajib menjadi nadi utama..
Dalam mengorak langkah untuk meninggalkan dunia yang fana..
Insya ALLAH kekal di  Syurga sana...

                                                              
                                                                                                               Hasil Nukilan
~NaD NaDiEyAh~


Sunday, April 25, 2010

KeNaPa AkU MaSiH sOLo????

oleh: afdhal87
Assalamualaikum..

Ayi nie aku nak berkongsi mengenai satu statement yang aku terbaca di laman web di atas..
Semoga memberi impak yang positif kepada anda dan semoga anda dapat melakukan perubahan minda atau anjakan paradigma sekaligus dapat menukar persepsi mengenai status SOLO..
Renungkanlah...........


Sabda Nabi  "sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah"


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.



Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. ALLAH itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Pic sekadar hiasan..Hehee..
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala ALLAH sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, Kemiskinan yang paling besar adalah jahil, Keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat,
Tidak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

P/S:  "Aku hanya ingin cinta yang halal..
          Dengan dia tentu atas izin-Nya..
          Ketika cinta bertasbih, Tuhan beri aku cinta..
          Kumenanti cinta..."~Haramkah (Melly Goeslow)~
               Xbrcinta pun masih idup dan bernyawa, Alhamdulillah..
          Skiranya cnta itu mlalaikan, aku lebih rela solo camnie ja...
          ALLAH sayangkan aku..
          Terima kasih YA ALLAH........

Friday, April 23, 2010

~~DiAm~~ SsHhhh??!!!


Assalamualaikum...........
Diam!!!!!!!!
Satu perkataan yang aku plg3 xska dengar..
Memang xsuka..
Maybe sebab aku a little bit talkative kot..Hehee..
Bukan laa nie bermakna aku nie suka bercakap ja 24 jam..
For sure X laa ok..
Tapi aku nie jenis da banyak idea kalau nk sembang ngan orang..
Tapi ntah napa aku rasa yang aku perlu belajar tuk mendiamkan diri lately nie..
Aku memang perlu diam..Serious...
The reason???  Biarlah aku sorang jaa yang tau k..
Tp tetiba aku tingat plak salah satu drpd riwayat Bukhari dan Muslim..

"Barang siapa yg beriman kpd ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam".

( RW BUKHARI & MUSLIM )

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW :
" Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "


P/S:  Bercakap kdg2 boleh mengundang kepada kemudaratan..
            Berdiam diri bukan bermakna salah atau jahil..
            Tapi tuk mengelakkan daripada marah dan perkara2 mazmumah yang lain..
            Ya, maybe lebih baik tuk DIAM..
            So aku akan praktikkan tuk diam..
            I really wish it worth..
            Entry nie ditaip bukan kerana rasa tidak puas ati pada mana-mana pihak..Really X..
            Tapi kerana timbul kesedaran dalam diri berdasarkan satu keadaan..
            Marah bukan sifat aku..
            Hidup kena realistik..
            Insya ALLAH...(^_^)
    

Thursday, April 22, 2010

Fares - Albi Nadak (PurPLe V)





P/S:  Assalamualaikum..
        Suka sgt3 lagu nie..
        Memberi impak di sanubari..Really..
        First time dengar dulu, trus suka kot..hehee..
        So semoga menjadi halwa telinga buat suma...
        Actually kt fb dh lma gk da..
        Tp saja nk boh lg kt blog..heheee...(^_~)

Wednesday, April 21, 2010

Secebis Bingkisan daripada "LA TAHZAN"...

Assalamualaikum..
Ilmu dikongsi kerana ALLAH..
Hari nie tergerak ati nak berkongsi bait-bait indah dari "LA TAHZAN" (JANGAN BERSEDIH)
Sama-sama laa kita renungi, fahami serta muhasabah diri..
Wallahualam...


Ganti Itu dari ALLAH

ALLAH tidak pernah mencabut sesuatu dari Anda, kecuali Dia
menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu terjadi apabila Anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya.



"Barangsiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar, maka, Aku akan mengganti kedua(mata)nya itu dengan Syurga."

(Al-Hadits)

Dan



"Barangsiapa Kuambil orang yang dicintainya di dunia tetap mengharapkan redha(Ku), nescaya Aku akan menggantinya dengan Syurga."
(Al-Hadits)



Yakni, barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul Hamd (Istana Pujaan).



Maka, anda tak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu adalah Dzat yang memiliki surga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar.



Para Waliyullah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di Syurga Firdaus. Itu tersirat dalam Firman-Nya:



"Selamat atasmu kerana kesabaranmu. Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu."
(QS. Ar-Ra'd: 24)



Betapapun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah, terdapat ganti dan balasan dari ALLAH yang akan selalu berujung pada kebaikan kita.



"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempuma dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."



(QS. Al-Baqarah: 157)



Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana.



Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat, lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak, dan barangsiapa hidup sengsara di dunia ia akan hidup bahagia di akhirat.



Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya mendambakan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah gulana, cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap gelita selamanya.



Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang sangat fana dan tak berharga ini.



Wahai orang-orang yang ditimpa musibah, sesungguhnya tdk ada sesuatu pun yang hilang dg kalian. Kalian justeru beruntung, kerana ALLAH selalu menurunkan sesuatu kepada para hamba-Nya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf kalimatnya terdapat suatu kelembutan, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang ditimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola pemikiran yang panjang. Dengan begitu, ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:



"Lalu, diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada seksa."



(QS. Al-Hadid: 13)



Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi ALLAH itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.

P/S:  Sebagai manusia biasa, tentunya kita xlari daripada berhadapan dengan kesulitan dalam kehidupan..
        Waima kecil atau besar musibah yang melanda diri, kita sepatutnya lebih tabah menghadapi..
        Teringat ceramah2 agama yang pernah ditonton/didengar..
        "ALLAH bg kesulitan kt kita sebab ALLAH sygkn hamba2 Dia..Xkira laa ALLAH bg kita hapy or sedih, 2 suma ujian tuk kita..Nak tgk sama ada kita akan ingat pada Dia atau x..."
        Tetiba rasa cam berdosa jaa..
        Lantas teringat balik yang aku selalu bagi nasihat kt adk perempuan aku n kawan2 aku suruh bersabar kalau berhadapan ngan masalah..
        Jangan selalu mengeluh..
        2 tandanya ALLAH sayang kt kita..
        Kita selalu kena muhasabah diri n jgn salahkn orang lain..
        Nasihat yang aku bagi kat Ani (my sis) terngiang2 balik kt telinga aku..
        Ya ALLAH, aku dh berdosa kerana mengeluh..
        Teringat pula kata-kata Che Min (my aunt) suatu ketika dulu time aku g umah dia..
        "Kita kena selalu Husnuzon (bersangka baik) kt ALLAH..Xleh selalu mengeluh..Ujian 2 suma tuk uji tahap keimanan kita..."
        Betul apa yang orang cakap, Al-Quran merupakan medium terbaik tuk menenangkan hati yang gundah dan resah..
        ALLAH ja yg tau betapa tenangnya hati aku setiap kali melafazkan kalam ALLAH itu..
        Terima kasih Ya ALLAH atas anugerah-Mu..
        Lindungilah aku, ibu bapaku, keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku serta semua muslimin dan muslimat di bawah lembayung kasih sayang-Mu Ya ALLAH..
        Hanya kepada-Mu hamba-Mu ini memohon..
        Amin ya Rabbal Alamin...

Tuesday, April 20, 2010

Friday, April 16, 2010

LeLaKi IdAmAn HaWa...................................

Assalamualaikum..
Ahlan Wasahlan..
Actually nk kongsi statement di bwh nie ngan para sahabat..
Mungkin statement nie dari internet barangkali..
Sesungguhnya saya amat kagum ngan penulisan nie..
Mengajak minda merenung jauh sejenak..
Sama-sama laa kita hayati..
insya ALLAH membawa faedah untuk suma...(^_^)



Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya


P/S:  Setiap orang punya kelemahan dan kekurangan..
        Siapa laa aku untuk mengimpikan kesempurnaan..
        Tapi aku percaya, setiap yang baik tentu akan memiliki yang baik juga..
        Insya ALLAH..
        Setiap insan hanya mampu merancang..
        Namun segala-galanya terletak pada kehendak ALLAH (S.W.T)

Friday, April 2, 2010

YM: Perlukah wt invisible?????

Assalamualaikum...........
Persoalan nie actually dh lama bemain2 kt fikiran..
Perlukah wt invisible bila kita YM?????
Alaa,wt ja laa simbol buzy kn..
Bukan orang xreti nk baca..
Or maybe nk elakkan dyi daripada someone???
Tapi setiap orang da alasan trsendyi rite..
So depents kt individu 2 sndyi laa..
Tapi aku xda masalah pun psal menda nie..
Terpulang laa sapa nk wt invisible pun kn..
Aku xkisah pun sebenarnya..Hehee..
Cuma mnjadi satu persoalan jaa laa coz aku pnah tgk da org yg ska sgt wt invisible..
Then msj org plak..
Pelik..
Dh wt invisible kn..
So cam xska diganggu plak gayanya..
Padahal leh plak msj kita..
So weird..
Heheee...
Related Posts with Thumbnails