bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Tuesday, December 28, 2010

PeNyEjUk Di MaTa, PeNaWaR di HaTi…


Assalamualaikum..
Tinta maya ini minta untuk berbicara lagi..
Katanya sudah lama pemiliknya tidak berkarya, lantas ilmu tidak dapat dikongsi bersama..
Maaf ya, atas beberapa sebab..
Namun, tinta maya kembali menyediakan wadah-wadah berinformasi buat sahabat..
Penyejuk di mata, penawar di hati…” , begitulah mauduk bicara saya pada hari ini..
Teringat serangkap lirik lagu Nur Kasih yang amat popular pada zaman persekolahan saya suatu masa dulu, nyanyian kumpulan nasyid tanah air, In-Team..

Kurniakan daku Srikandi..
Penyejuk di mata, penawar di hati..
Di dunia Dialah penyeri..
Di Syurga menanti, Dia Bidadari…”

Sebenarnya lagu ini memberi makna yang amat mendalam bagi yang tahu mentafsir dan menghayatinya..
Namun, saya tidak pula ingin mengupas lebih lanjut mengenai lagu ini..
Cuma kembali merenung mauduk utama bicara saya di atas yang punya kaitan serba sedikit dengan lagu ini..
Benarlah seperti yang termaktub dalam Riwayat Muslim yang berbunyi Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah…"
Teringat perbualan saya bersama rakan-rakan mengenai statement di atas tatkala menjadikan ayat berikut,Nak jadi penyejuk di mata, Penawar di hati..” sebagai status saya di laman facebook..
Terima kasih sahabat kerana memberi komen yang positif mengenai diri ini walaupun saya sedar diri ini bukanlah terlalu sempurna..Masih banyak kekurangan dan kelemahan di sana-sini..

Walau bagaimanapun, feed back Kak Asiah yang paling menyentuh hati saya..
Kata Kak Asiah, “Nad memang penyejuk di mata dan penawar di hati pun…”
Terima kasih Kak Asiah..Yaa, nad sentiasa berusaha ke arah itu…”
Wanita solehah sebenarnya dibaluti dengan sifat malu kerana malu itu perisai orang beriman..
Benarlah kata pujangga……….

Nafsu mengukur wanita cantik atas dasar rupanya..
Akal menilai wanita itu cantik atas dasar kepintarannya..
Dan hati menobatkan wanita itu cantik atas dasar keteguhan imannya…”

Apa gunanya hanya cantik luarannya sahaja??
Bagaimana pula dengan iman dan hati??
Kecantikan wanita tidak akan bererti tanpa akhlak dan perilaku yang mulia..
Lantas dengan cara apa dapat kita menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati..
Untuk menjadi bidadari dunia sahaja sudah jauh ketinggalan, lalu apakah harapan yang tinggal untuk bergelar bidadari Syurga???
Saya sebenarnya turut menasihati diri sendiri yang kadang-kadang juga alpa dan leka tanpa disedari..



Sahabat yang bergelar wanita, juga mewarisi kecantikan dan kelembutan Hawa..
Jadilah seperti mawar..
Bukannya mawar biasa tetapi mawar yang berduri..

Yang tinggalnya di taman larangan..
Sukar untuk dipetik oleh tangan-tangan yang ganas..
Mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan..
Menyinarkan Nur keimanan..
Subhanallah..
Saya ada satu perumpamaan buat ukhti Muslimah sejati..

Cuba bayangkan anda pergi ke sebuah pameran gambar..
Beberapa keping gambar telah dibingkaikan dan dibalut elok untuk mngelakkannya daripada rosak..Lalu digantung tinggi di dinding..
Sudah tentu sesiapa yang datang hanya mampu melihatnya dari kejauhan cuma..
Tanpa dapat memegang atau membelek-belek dengan lebih dekat..
Berbeza dengan gambar-gambar lain yang dilonggokkan di suatu kawasan untuk tatapan umum di mana pengunjung dapat memegang dan membelek-belek dengan jarak yang dekat..
Sekiranya tidak berkenan, mereka akan meletak gambar tersebut lalu memilih yang lain pula..
Tentu kualitinya akan tercemar kerana banyak tangan yang telah memegangnya..
Sekarang, cuba ukhti bezakan sendiri gambar yang mana yang lebih terpelihara kualiti dan keasliannya..
Tentu yang dibalut dan digantung di tempat tinggi bukan..
Sukar untuk didekati dan hanya pemilik yang bertuah dapat memilikinya..

Sahabat, begitu juga wanita..
Wanita yang elok menutup aurat dan menjaga akhlaknya akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan punya level yang tinggi juga di sisi ALLAH..
Hanya muslimah yang bertuah sahaja dapat menjadi wanita solehah dan hanya mukmin yang baik akhlaknya dapat memiliki mawar berduri ini..
Benarlah janji ALLAH, “Lelaki yang baik dijadikan untuk wanita yang baik, wanita yang baik dijadikan untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya…” Wallahualam…
Di sini saya sertakan juga secebis bingkisan buat tatapan kalian..
Assalamualaikum...(^_^)



Friday, December 10, 2010

MaAf DaN mEmAaFkAn..Dalam mengungkap erti sebuah kemaafan..............


Assalamualaikum
Maaf adalah merupakan suatu ungkapan yang mahal..Ya itu benar...
Manusia sukar untuk mengungkapkan perkataan maaf apatah lagi memaafkan orang lain..
Namun kita lupa sesuatu..
Siapa kita untuk berdendam???
Siapa kita untuk tidak memaafkan???
Kita hanyalah manusia biasa yang setiap hari tidak lari dari melakukan kesalahan..
Sedangkan Nabi ampunkan umat..
ALLAH juga mengampunkan dosa hamba-hambaNya waima sebesar mana pun asalkan benar-benar bertaubat..
Saya hairan apabila manusia saling memusuhi antara satu sama lain..
TIDAK RUGI sekiranya kita meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan..
Dan TIDAK MISKIN sekiranya kita memaafkan kesalahan orang lain..
Kita bukan di sekolah tadika untuk bergaduh sesama sendiri..
ALLAH jadikan kita sebagai sebaik-baik kejadian lengkap dengan akal fikiran supaya kita dapat membezakan antara perkara yang baik dan buruk..
Jalan penyelesaian perlu dicari..
Bukan membuatnya menjadi lebih teruk lagi..
Nasihat ini juga buat diri sendiri..
Supaya kita saling mengingati antara kita..
Kerana manusia itu sering lupa..
Sekiranya wujud suatu keraguan dalam diri, perlu berterus terang..
Jangan berdiam diri..
Supaya tidak berlarutan lebih teruk lagi..
ALLAH(S.W.T) berfirman yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain...." (Al-Hujurat: 12)

Sabar itu indah..

"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang sedemikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Asy-Syura: 43)

Saya amat tertarik dengan tulisan Saudari Nur Amalina di facebook mengenai isu maaf..
Minta dikongsi ya saudari..
Sesungguhnya Ilmu itu dari ALLAH..
Kata beliau:


Jika datang orang "menghadiahkan air mata" ....

Allah sedang mendidikmu dengan sifat sabar...
jangan dilihat manusia yang menjadi sebab...
lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi "musabbabil asbab"...
dan jika kau disakiti dia...
DIA sedang mngajarmu erti redha...

fiman Allah yang bermaksud:
" Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan...
nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudaramu"..
surah Al-Fussilat ayat 34...

kini hatiku bertanya lagi...
siapa aku yang sukar memaafkan???
tuan??
Tuhan???
Aku hanya hamba!
sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pengampun...
siapa aku yang kerdil untuk berdendam????
siapa???
Ya Allah...
kuatkan hati hamba-Mu menuju jalan-Mu...

Subhanallah...
Saya amat bersetuju dengan saudari..
Fikir-fikirkanlah wahai sahabat..
Kita juga banyak kekurangan..
Dalam tak sedar, berapa banyak hati yang kita telah sakiti???
Namun apabila disakiti, kita pula mudah melatah..
Ingat, ujian itu datang dari ALLAH..
KepadaNya juga kita berserah..
Wallahualam.........




Friday, December 3, 2010

For The Rest Of My Life I'll Be Loving U..............

  Assalamualaikum...


Si isteri berkata kepada suaminya:
“Abang, benarkah abang ikhlas menerima diri sayang seadanya?  Sayang sedar bahawa sayang banyak kekurangan..Tapi insya ALLAH sayang akan cuba sedaya mungkin untuk membahagiakan abang dan menjadi ibu yang baik untuk zuriat-zuriat kita nanti..insya ALLAH..Abang, sayang bukan selamanya akan kekal muda seperti hari ini..Sayang sedar masih ramai yang cantik di luar sana..Mungkin jika sayang dimamah usia suatu hari nanti, abang akan mula beralih arah..Abang, maafkan sayang sekiranya abang berkecil hati dengan kata-kata sayang..Sayang cuma takut kehilangan abang..Abang, sesungguhnya sayang akan berasa bangga sekiranya abang mengatakan cinta abang pada ALLAH dan Rasullullah lebih hebat dari cinta abang terhadap sayang..Sayang akan berasa lega dan bersyukur sebab abang tidak jadikan sayang sebagai orang yang mencuri serta melemahkan iman abang..Terima kasih kerana tidak menjadikan sayang sebagai sebab iman abang berkurang..Dan sayang akan turut gembira sekiranya abang mengatakan yang abang menyayangi ibu abang lebih daripada kasih abang terhadap sayang..Terima kasih abang kerana tidak menjadikan sayang insan yang berdosa kerana Syurga abang di bawah tapak kaki ibu..Abang jangan lupa yaa..Sayang juga akan redha sekiranya cinta abang pada agama ALLAH lebih utuh daripada cinta abang terhadap sayang..Malah sayang juga akan bersama-sama abang dalam menegakkan syariat Islam..Insya ALLAH..Tapi abang, sayang juga seorang pencemburu yang berat..Sayang sebenarnya tidak rela sekiranya abang mencintai wanita lain selain sayang sekiranya sayang masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri abang dengan sempurna..Abang, sayang sedar sayang juga manusia biasa yang tidak lari dari kekurangan..Namun, sayang hanya ingin seperti Fatimah Puteri Nabi, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadukan oleh Ali bin Abi Talib, suaminya..Abang, sayang ingin sekali seperti Siti Khadijah yang selama berumah tangga dengan Rasulullah (S.A.W) juga tidak pernah dimadukan..Abang, sayang tahu sayang tidak layak dibandingkan seperti mereka yang ALLAH telah janjikan Syurga buat mereka..Tapi sayang teringin sekali untuk mencontohi mereka..Abang, maafkan sayang sekiranya abang tidak selesa dengan kata-kata sayang..Percayalah abang, sayang hanya inginkan kita bahagia di bawah lembayung kasih sayangNya…”

Si suami memandang wajah isterinya dengan kasih yang tidak dapat dibendung lagi lantas berkata:
“Ketahuilah wahai isteriku, seandainya rambutmu memutih dengan uban memenuhi kepalamu, aku tetap akan mencintai dirimu seadanya kamu sayangku..Sekiranya garis-garis halus dan kedut kian hari kian meliar menghiasi redup wajahmu, aku masih menyayangi dirimu sayangku..Waima engkau ditakdirkan bongkok tiga suatu hari nanti, aku masih tetap mendambakan dirimu sayangku..Kerana engkau yang halal buat diriku sayang..Kerana engkaulah tulang belakangku yang hilang itu..Engkau merupakan amanah ALLAH dan harta ibu bapamu yang tidak terhingga kepadaku..Isteriku, engkaulah Hawa yang ALLAH cipta khas untuk diriku..Engkau juga yang sudi menerima diriku apa adanya aku..Sayangku, engkau sentiasa menjadi penyejuk mata dan penawar hatiku..Lalu mengapa perlu ada isteri lain selain dirimu sayangku..Terima kasih kerana memilih aku sebagai Adammu…”
                                                                    
                                                                                HaSiL NuKiLaN:
                                                                             NaD NaDiEyAh ALi

P/S:  Ilham di atas timbul tatkala teringatkan teman-teman yang bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi..Selamat Pengantin Baru wahai sahabat-sahabatku..Insya ALLAH doaku mengiringi kalian…




Related Posts with Thumbnails