"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"
Friday, December 3, 2010
For The Rest Of My Life I'll Be Loving U..............
Assalamualaikum...
Si isteri berkata kepada suaminya:
“Abang, benarkah abang ikhlas menerima diri sayang seadanya? Sayang sedar bahawa sayang banyak kekurangan..Tapi insya ALLAH sayang akan cuba sedaya mungkin untuk membahagiakan abang dan menjadi ibu yang baik untuk zuriat-zuriat kita nanti..insya ALLAH..Abang, sayang bukan selamanya akan kekal muda seperti hari ini..Sayang sedar masih ramai yang cantik di luar sana..Mungkin jika sayang dimamah usia suatu hari nanti, abang akan mula beralih arah..Abang, maafkan sayang sekiranya abang berkecil hati dengan kata-kata sayang..Sayang cuma takut kehilangan abang..Abang, sesungguhnya sayang akan berasa bangga sekiranya abang mengatakan cinta abang pada ALLAH dan Rasullullah lebih hebat dari cinta abang terhadap sayang..Sayang akan berasa lega dan bersyukur sebab abang tidak jadikan sayang sebagai orang yang mencuri serta melemahkan iman abang..Terima kasih kerana tidak menjadikan sayang sebagai sebab iman abang berkurang..Dan sayang akan turut gembira sekiranya abang mengatakan yang abang menyayangi ibu abang lebih daripada kasih abang terhadap sayang..Terima kasih abang kerana tidak menjadikan sayang insan yang berdosa kerana Syurga abang di bawah tapak kaki ibu..Abang jangan lupa yaa..Sayang juga akan redha sekiranya cinta abang pada agama ALLAH lebih utuh daripada cinta abang terhadap sayang..Malah sayang juga akan bersama-sama abang dalam menegakkan syariat Islam..Insya ALLAH..Tapi abang, sayang juga seorang pencemburu yang berat..Sayang sebenarnya tidak rela sekiranya abang mencintai wanita lain selain sayang sekiranya sayang masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri abang dengan sempurna..Abang, sayang sedar sayang juga manusia biasa yang tidak lari dari kekurangan..Namun, sayang hanya ingin seperti Fatimah Puteri Nabi, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadukan oleh Ali bin Abi Talib, suaminya..Abang, sayang ingin sekali seperti Siti Khadijah yang selama berumah tangga dengan Rasulullah (S.A.W) juga tidak pernah dimadukan..Abang, sayang tahu sayang tidak layak dibandingkan seperti mereka yang ALLAH telah janjikan Syurga buat mereka..Tapi sayang teringin sekali untuk mencontohi mereka..Abang, maafkan sayang sekiranya abang tidak selesa dengan kata-kata sayang..Percayalah abang, sayang hanya inginkan kita bahagia di bawah lembayung kasih sayangNya…”
Si suami memandang wajah isterinya dengan kasih yang tidak dapat dibendung lagi lantas berkata:
“Ketahuilah wahai isteriku, seandainya rambutmu memutih dengan uban memenuhi kepalamu, aku tetap akan mencintai dirimu seadanya kamu sayangku..Sekiranya garis-garis halus dan kedut kian hari kian meliar menghiasi redup wajahmu, aku masih menyayangi dirimu sayangku..Waima engkau ditakdirkan bongkok tiga suatu hari nanti, aku masih tetap mendambakan dirimu sayangku..Kerana engkau yang halal buat diriku sayang..Kerana engkaulah tulang belakangku yang hilang itu..Engkau merupakan amanah ALLAH dan harta ibu bapamu yang tidak terhingga kepadaku..Isteriku, engkaulah Hawa yang ALLAH cipta khas untuk diriku..Engkau juga yang sudi menerima diriku apa adanya aku..Sayangku, engkau sentiasa menjadi penyejuk mata dan penawar hatiku..Lalu mengapa perlu ada isteri lain selain dirimu sayangku..Terima kasih kerana memilih aku sebagai Adammu…” HaSiL NuKiLaN: NaD NaDiEyAh ALi
P/S: Ilham di atas timbul tatkala teringatkan teman-teman yang bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi..Selamat Pengantin Baru wahai sahabat-sahabatku..Insya ALLAH doaku mengiringi kalian…
Mengharungi samudera mahligai nan suci Penuh gelombang silih berganti Semua adalah ujian penguat cinta Bila hati bicara
* Terkadang tak perlu terucap kata-kata Untuk selami dalamnya hatimu Susah senangmu jadi bagian hidupku Karena hati bicara
Kata menjelmakanmu kisahkan berjuta cerita Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna Karunia Illahi mempersatukan dua hati Ku rasa yang kau rasa karena hati bicara
Bila keyakinan ku datang Kasih bukan sekedar cinta Pengorbanan cinta yang agung Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna Cinta ini tak mungkinku cegah Ayat-ayat cinta bercerita Cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh Seakanku bisa hidup lebih lama Namun harus ku tinggal kan cinta Ketika ku bersujud...
KaTa-KaTa PiNjaMaN..Syukran..(^_^)
"Jangan kau sangka labuhnya tudungku tanda alimnya diriku..Aku juga sepertimu yang sedang mencari-cari sinar cahaya..Buat menerangi sepanjang perjalanan..Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi..Tetapi melindungi, jua mengingatkan diri, Menjaga gerak geri..Kerana Akhlak Itu Bunga diri..Dan kerana yg tertutup itu lebih indah..."Subhanallah...(^_^)
...:::pUiSi FiLeM KeTiKa CiNtA BeRtAsBiH:::...
~AYATUL HUSNA~ Menurutku............. Cinta adalah kekuatan.. Yang mampu mengubah duri jadi mawar.. Mengubah cuka menjadi anggur.. Mengubah malang jadi untung.. Mengubah sedih jadi riang.. Mengubah sakit jadi sihat.. Mengubah bakhil jadi dermawan.. Mengubah kandang jadi taman.. Mengubah penjara jadi istana.. Mengubah amarah jadi ramah.. Mengubah musibah jadi muhibbah.. ITULAH CINTA...!!! ~ANA ALTHAFUNNISA~ Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar, Namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.. Meskupun lidahku telah mampu menguraikan, Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang.. Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.. Kata-kata pecah berkeping-keping.. Begitu sampai kepada cinta.. Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya.. Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur.. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan........
Dr. Yusof al-Qardhawi berkata: “Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta.”
~cinta itu indah jika kita jadikan ALLAH yang paling utama...~
Hati Bermonolog BAHASA CINTA..:)
~Ketika cinta bertasbih, ayat-ayat cinta pun turut bercerita..Cintaku pada Sang Pencipta...~:)
WANITA..Jadilah wanita yang punya harga diri..Harga diri yang lebih tinggi dari harta dunia yang berpeti-peti..Lebih keras dari besi berani..Bahkan lebih tajam dari mawar berduri...♥
Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu..........
NaK JaDi PeNyeJuk Di MaTa, PeNaWaR di HaTi...(^_^)
~ insya ALLAH..amin Ya Rabb ~
WaNiTa HiAsAn DuNiA..SeiNdAh HiAsAn AdALaH WaNiTa SoLeHaH
HuRuN AiN (BiDaDaRi SyUrGa)
"Di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik lagi cantik-cantik..."~Surah Ar-Rahman:70~ Wallahualam...
oPiCk ~ RaPuH
Detik waktu terus berjalan.. Berhias gelap dan terang.. Suka dan duka tangis dan tawa.. Tergores bagai lukisan..
Seribu mimpi berjuta sepi.. Hadir bagai teman sejati.. Di antara lelahnya jiwa.. Dalam resah dan air mata.. Kupersembahkan kepadaMu.. Yang terindah dalam hidup..
Meski kurapuh dalam langkah.. Kadang tak setia kepadaMu.. Namun cinta dalam jiwa.. Hanyalah padaMu..
Maafkanlah bila hati.. Tak sempurna mencintaiMu.. Dalam dadaku harap hanya.. DiriMu yang bertahta..
Detik waktu terus berlalu.. Semua berakhir padaMu..................
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
"Gadis..Kau indah krn sifat malumu..Jadikan malu sbg selendangmu..Maka tawan hatimu sendiri dlm sangkar keimanan..."
Renung sejenak:
"Wanita hiasan dunia..Seindah hiasan adalah wanita solehah..
Yang akan membahagiakan Syurga.. Di dalam rumah tangga..."
WANITA
Aku wanita yang punya harga diri..
Harga diriku lebih tinggi dari harta dunia yang berpeti-peti..
Lebih keras dari besi berani..
Bahkan lebih tajam dari mawar berduri..
Aku sedar akan hakikat dunia maknawi..
Cinta manusia bisa membelit diri..
Cinta Ilahilah cinta hakiki..
Kembalilah kepada Ya Rabbi..
Nescaya cinta yang hadir tentunya suci dan abadi..
Cinta yang menjanjikan syurga untukku di akhirat nanti..
Insya ALLAH akan aku temui...
Amin..............
No comments:
Post a Comment