bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Tuesday, May 3, 2011

~CaHaYa MaTa AdaLaH AnUgErAh TerInDaH~


...ANAK...
~AnUgErAh ALLAH yAnG pALinG BeRniLai~ (^_^)


..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



"Anak-anak umpama kain putih..Ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi."~ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hari ini saya ingin berkongsi berita gembira bersama anda..

Sahabat baik saya Norpadzhilah Bt Mohd Tamimi ~ telah selamat melahirkan anak pertama beliau pada 

 pagi tadi..

BABY GIRL!!!(^_^)

Alhamdulillah..


~ Nie laa Padzhilah (Pat) ~


Ya ALLAH, saya begitu gembira apabila mendapat berita tersebut petang tadi..

Rasanya saya yang excited lebih apabila menerima berita tersebut..Hehee..

Kadang-kadang rasa macam mimpi pun ada sebenarnya apabila sahabat-sahabat baik saya telah selamat

 mendirikan rumah tangga sekaligus bergelar isteri dan ibu..

Sahabat yang sama-sama berkongsi cerita, sama-sama bergelak ketawa seta bergurau senda..

Ada macam-macam kenangan..

Masam, manis, pahit semua ada..

Tapi itulah kenangan terindah yang saya xakan lupa sampai bila-bila..

Zaman persekolahan adalah kenangan yang best buat saya..

Maaf, agak emo sedikit apabila terkenangkan kenangan di waktu persekolahan..Hehee..

Ok2..Berbalik kepada sahabat baik saya yang baru mendapat gelaran ibu tue..

Rasa xsabar sebenarnya saya nak melawat pat (nick name beliau) dan baby gurlnya..

Yeyeh!!!Saya dapat anak menakan lagi..Hehehee...:)

Xsabar nak dukung baby tue..Hehee..

Pat, leh x nad nak pinjam bawak balik???Heheee..


"Baby..Baby..Baby..."~Lalalalalalaaaa... :P





*Mesti baby pat pun comei camnie gak kan..kan..Eeeii..Geramnya tengok baby2 nie..Hehee...:):):)




P/S: Nad doakan semoga pat menjadi isteri solehah dan ibu yg mithali..Amin Ya Rabb..Semoga tabah dalam menempuhi kehidupan mendatang..Rindu kamu!!!...:) 

1 comment:

  1. Tidak akan tertutup dengan berperangai baik sahaja.
    Tidak akan tertutup dengan kecantikan dan keayuan.
    Tidak akan tertutup dengan kata-kata manis bersuarakan kemanjaan.
    Tetapi hanya akan tertutup dengan pakaian yang sempurna patuh syariah.
    Pastinya akhlak di balik pakaian tadi lebih indah daripada pakaiannya.

    Seandainya manusia dapat memahami. Cantik lahir bukanlah ukuran tapi cantik hati memikat hati semua orang.

    Wanita itu.

    Biar lembut fitrah tercipta. Halus kulitnya. Manis tuturnya. Lentur hatinya. Wajah yang telus setelus rasa membisik di jiwa. Di mata ada cahaya. Dalamnya ada air sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka.

    Melenturnya perlu kasih sayang. Membentuknya perlu kebijaksanaan. Kesabaran dan kemaafan, keyakinan dan penghargaan. Tanpa jemu, tanpa bosan memimpin tangan menunjuk jalan.

    Bisa seteguh Khadijah yang suci hatinya. Tabah dan tenang sikapnya sebagai teman ar-Rasul. Pengubat duka dan lara.

    Bijaksana ia menyimpan ílmu. Si teman bicara, dialah Áishah.
    Penyeri taman Rasulullah SAW. Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah.
    Bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji. Itu hanya cerca manusia namun sucinya Allah memuji.
    Seperti Fatimah kudusnya. Meniti hidup seadanya. Puteri Rasulullah, kesayangan ayahanda. Suaminya si panglima agama. Di belakangnya dialah pelita buat cahaya penerang segenap rumahnya.

    Wanita itu.

    Yang hidupnya di alaf ini. Perempuan islam akhir zaman. Dirinya terancam dek fitnah. Sucinya perlu tabah. Cintanya bukan untuk dinodai asmara. Tidak murah untuk si adam.

    Hakikatnya, kakinya perlu teguh. Mantap iman mengunci jiwa. Dari lemah dan kalah. Dari rebah dan salah.

    Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat al-Bukhari)

    Seorang wanita itu, anugerah istimewa buat dunia!
    Dia bangga menjadi Muslimah. Di saat yang lain bangga menjadi wanita moden.
    Namun cinta Allah tetap menjadi pujaan hati.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails