bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Thursday, October 1, 2009

MaDaH cInTa DaN mUtIaRa KaTa...


Ya ALLAH.....
kupohon cintaMu..
cinta orang yang mencintaiMu..
cinta kepada orang yang cintanya berguna bagiku di sisiMu..
dan mencintai amal yang boleh menghantarkanku untuk mencintaiMu..
Ya ALLAH..
jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku..
jadikanlah setiap anugerahMu yang kucintai sebagai kekuatan untuk mencintai apa yang Engkau cintai..
kupohon rahmat dan kasih sayangMu..
ampunikanlah segala dosaku..
kurniakanlah taufiq dan hidayahMu..
agar aku termasuk dalam kalangan orang yang dekat denganMu..
Saktikanlah cintaku hanya kepadaMu Ya ALLAH..
Ya ALLAH..
perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku..
Ya Rahman..
perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku..
dengan segala kelemahan yang ada padaku,letakkanlah cintaMu mendahului cnta-cinta yang lain..
kerana hanya ALLAH yang menabur benih cinta manusia kepada insan2 yang kamu cintai..
Sahabatku..
dekatilah ALLAH melalui solatmu..
ceritakan segalanya pada ALLAH dalam sujudmu..
ALLAH mendengar rintihan hatimu..
Ikhlaskan hati mendekati ALLAH..
bukan kerana mengharapkan pujian manusia mahupun ganjaran dunia semata-mata..
perindahkan hubunganMu denganNya dalam tahajudmu di dinihari..
perhatikan kata-kata ALLAH terhadapmu melalui firmanNya yakni AL-QURAN..
perbanyakkan taubat dan zikirmu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails