bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Wednesday, November 11, 2009

La TaHzAn......JaNgAn BeRseDiH.....................................



Assalamualaikum pembuka bicara..
Bismillahirrahmanirrahim penyeri madah..
Hari nie nak berkongsi beberapa bait puisi,madah berilmu n maksud ayat2 suci Al-Quran Nur Karim yg da dlm buku motivasi berjudul 'La Tahzan' yakni 'JANGAN BERSEDIH' in Bahasa Melayu..
Ngah ayi td Kak Atie datang bilik nak antar pic2 yg da dlm thumb drive..
Pastu aku trnampak buku di dalam beg pegangnya yg comel..
Pada mulanya aku ngatkn sebuah novel..
Maklum laa, aku nie memang gemarkn novel..
Tapi bila buku 2 diberi kepadaku, aku lihat buku motivasi La Tahzan..
Aku memang berniat nak beli dari dulu lagi..
Tapi hajat 2 still xkesampaian lg..
So aku pinjm jap daripada Kak Atie..
Dan bermulalah penjelahan diri ini..
Dalam menerokai makna ketenangan hakiki...

P/S:  Bingkisan dari 'La Tahzan'..
        Bersamalah kita renungi dan fahami....................

Dimulai dengan:

YA ALLAH!

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya.  Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)!'
(Surah Ar-Rahman:  29)


Apabila laut tiba-tiba bergelombang, ombak menghempas bergulung-gulung dan angin bertiup dan berderu kencang, si nelayan akan berseru:  Oh Tuhan, Ya ALLAH!


Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara, haluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, ia pun berseru:  Oh Tuhan, Ya ALLAH!


Apabila musibah menimpa, ujian melanda dan cubaan datang silih berganti maka orang yang ditimpa musibah itu akan berseru sekuat hati:  Oh Tuhan, Ya ALLAH!


Apabila segala pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru:  Oh Tuhan, Ya ALLAH!


Apabila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus, mereka akan berseru:  Oh Tuhan, Ya ALLAH!


Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedangkan dirimu terasa dihimpit oleh segala yang ditanggungnya, berserulah:  Oh Tuhan, Ya ALLAH!

"Sungguh aku mengingati-Mu pada malam yang hitam pekat ketika hamparan masa kotor berdebu.  Aku berteriak kuat ketika fajar menyingsing sambil tersenyum lebar."

Kepada ALLAH jualah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian airmata dan segala keluh-kesah kesedihan.


Kepada-Nya setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.


Dengan nama-Nya setiap lidah menyebut, meminta tolong, bermohon dan memanggil.  Dengan mengingatkan-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang.  Urat-urat saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap.

"(Sesungguhnya)  ALLAH Maha Lemah-Lembut kepada para hamba-Nya."




Coretan hati ini:  Aku tertarik ngan bait-bait di bawah yang bakal
                          menyusul sebentar lagi..
                          Sesungguhnya menusuk ke kalbu..
                          Menggamit seribu persoalan..
                          Mengolah pelbagai pengertian..
                          Dan aku berbisik kepada diri sendiri..
                          Ayuhlah mengorak langkah..
                          Perbaharui nawaitu di hati..
                          Serta tingkatkan keazaman diri..
                          Untuk terus meniti kehidupan yang menanti..
                          Juga gagahkan diri untuk memperkasa ilmu
                          di sanubari..
                          Jangan mudah tunduk pada kejahilan sendiri..
                          Bingkas bangkit untuk merubah wajah dunia
                          yang yang kian songsang ini..
                          Tetapkan iman di hati..
                          Pasti kita tidak akan rugi..................

 P/S:  Cubalah fahami rangkap-rangkap indah dalam 'La Tahzan' ini........
         Sesungguhnya pasti menggamit ketenangan
         di hati........................

ALLAH:
Empunya kemegahan dan kemuliaan, kehebatan dan kegagahan. 

"Setiap kali kami menuliskan huruf-huruf suci tentang kemegahan-Mu, segenap jiwa turut bersenandung 'Engkaulah Yang Maha Mulia' dan segala makna akan cair di depan kemuliaan-Mu, oh Tuhanku."

"Justeru, Ya ALLAH, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedudukan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan."


"Ya ALLAH, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan, dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan."


"Oh Tuhan, buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan, dan letakkanlah di atas jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir."

*Aku susah gak nk tido bla malam..kdg2 trfikir gk da insomnia ka yg susah sgt nk tdo..Tp insya ALLAH pasnie leh laa aku amalkan doa nie..So tuk sapa2 yang susah nk tdo 2 try laa amalkan doa nie erk..So samat beramal..*

"Oh Tuhan, halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada Nur Cahaya-Mu, dan tindakan-tindakanku yang keliru kepada jalan-Mu yang lurus, dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang dan jalan-Mu kepada Hidayah-Mu."

"Ya ALLAH, lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran, dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu dalam keadaan terhina."


"Ya ALLAH, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami, dan halaulah keresahan dari jiwa kami."


"Kami berlindung kepada-Mu dari rasa takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu.  Kami tidak meminta kecuali kepada-Mu, kami tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu.  Englaulah Pemelihara kami~sebaik-baik pelindung dan penolong."

P/S:  Hari xselalunya cerah..
        Laut mana xdipukul gelombang..
        Camtue laa idup kita kat muka bumi ALLAH nie..
        Ujian yang datang bertimpa-timpa xbrmakna idup
        kita sentiasa dirundung malang..
        Tetapi itu merupakan kifarah untuk mencuci
        dosa-dosa yang lalu..
        Jangan mengeluh bila hadapi ujian..
        Tetapi belajar untuk bersyukur..
        Aku tergerak untuk berkongsi info2 berguna
        dalam buku motivasi ini kerana aku sedar
        yang manusia selalu mengeluh..
        Kadang-kala tanpa disedari aku pun mungkin camtue gak..
        Lantaran diselubungi rasa berdosa kerana tidak bersyukur..
        Lantas terus memohon keampunan ALLAH (S.W.T)..

        Namun aku sntiasa bersyukur kerana ALLAH
        sentiasa memberi kebahagiaan kepadaku..
        Jarang plak aku bersedih..
        Selalu hapy jaa klw korang tengok..
        Alhamdulillah..
        Nikmat ALLAH..
        Tapi xdapat dinafikan perasaan sedih itu akan
        hadir juga sometimes..
        Maklum laa manusia biasa kn..
        Xlari dari menjalani sketsa sebuah kehidupan............
     

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails