bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Friday, July 1, 2011

MoNoLoG BaHaSa KiTa...............

...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 





MONOLOG BAHASA KITA

" Monolog bahasa kita, hanya kita yang mengerti......
Kerana kita berbicara dari hati ke hati.......
Melibatkan naluri dan sanubari.......

Monolog bahasa kita, ibarat enigma.........
Sukar ditafsir, susah dibaca............
Hanya kita yang bisa memahaminya..........
Kerana wujud simbiosis yang menyatukan jiwa-jiwa kita..........

Kekadang tak perlu diucap dengan kata-kata........
Hati ini punya gerak rasa...........
Umpama magika.........................
Perasaan ini unik dan tersendiri.................!!!! "


                                                                               HaSiL NuKiLaN: 
                                                              NaD NaDiEyAh aLi



Entry ini tercetus secara spontan tatkala saya duduk sendirian..
Mungkin entry ini tiada kaitan dengan sesiapa ataupun tiada motif yang specific semasa entry ini dihasilkan..
Namun hati ini yang secara tiba-tiba terasa ingin menghasilkan entry seperti tajuk di atas..
Entry ini mengisahkan mengenai perasaan~(untuk sesiapa sahaja yang bergelar insan dan mempunyai perasaan)..
Monolog bermaksud apa yang kita rasakan di dalam hati tanpa meluahkan..
Mungkin ada persamaan puisi yang saya hasilkan ini kerana seperti tajuk blog saya juga, "TATKALA HATI BICARA", juga mengisahkan mengenai HATI..
Entah mengapa diri ini begitu gemar membicarakan sesuatu yang punya kaitan rapat dengan hati..
Apa yang tersirat di dalam hati kita dan kita berbicara dalam hati,itulah yang dinamakan monolog..
Maaf sekiranya penerangan saya ini agak berbeza daripada maksud sebenar perkataan "MONOLOG"..
Maklum laa, dah lama tinggalkan KOMSAS~(Komponen Sastera)..Hehee..:P
Namun....................................................
Perasaan yakni apa yang kita rasakan di hati, bukan semua orang yang bisa memahaminya..
Cuma certain orang ja yang mempunyai "telepati communication" nie sebenarnya..
Ok, contohnya anda juga dapat merasakan perasaan suatu pihak yang lain..
Or sebelum seseorang tue cakap sesuatu perkara, anda dah dapat detect apa yang dia akan cakap terlebih dahulu..
Situasi seperti ini jarang sekali berlaku kecuali seseorang itu memahami anda ataupun dia merupakan orang yang rapat dengan anda..
Mungkin juga berlaku terhadap ibu dan anak, suami dan isteri, ataupun dalam persahabatan..
Namun bukan semua orang yang dapat memahami kita..
Ada juga orang yang sukar untuk memahami diri sendiri tetapi orang lain lebih memahami dirinya..
Ada juga situasi sedemikian..
Namun apa yang saya dapat katakan di sini, waima kita memahami orang lain, sukar untuk orang lain memahami diri kita..
Kadang-kadang kita yang terlalu menjaga hati insan lain sehingga hati sendiri yang terluka..
Jadi, puisi saya pada kali ini yang bertajuk "MONOLOG BAHASA KITA", menceritakan tentang keajaiban perasaan dan sekeping hati itu apabila kita cuba menyelami apa yang tersirat di hati seseorang itu..
Maksudnya di sini, sama-sama memahami..
Kita tidak boleh mengharapkan hanya orang lain yang memahami kita dan menjaga hati kita padahal kita bersikap sambil lewa dalam menjaga hati orang lain..
Manusia selalunya mengharapkan pasangannya sempurna,walhal dalam tidak sedar dirinya juga banyak kekurangan..
Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain, tetapi berusahalah memperbaiki kelemahan diri yang ada..
Alangkah indahnya jika kita mendapat pasangan seperti puisi di atas..
Saling memahami antara satu sama lain, kerana bicara dari hati ke hati itu punya magik yang tersendiri...(^_^)



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails