bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Saturday, July 23, 2011

Ia hadir tanpa dipinta.............

~Pic sekadar hiasan~
-Merenung masa hadapan yang belum pasti-



...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 



Pernah tak anda rasa sedih membelenggu diri tanpa sebab yang agak munasabah???
Yaa, ia hadir menemui saya tanpa dipinta......................
Sungguh, saya amat tidak menyukai perasaan ini..
Ceria,senyum,dan bergurau senda merupakan identiti diri ini..
Namun perasaan itu hadir tanpa diduga..
Yaa, itu merupakan perasaan dan situasi biasa yang akan menjenguk setiap insan..
Kenapa titis jernih itu sangat laju menuruni pipi..??
Ibarat air terjun yang tiada hentinya..

 Cerita bermula semasa saya menonton Siaran Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di tv..
Hati ini memang sentiasa tersentuh apabila mendengar alunan ayat suci Al-Quran apatah lagi ketika mengalunkannya sendiri..
Seperti biasa apabila kita tengok Tilawah Al-Quran tue kat tv, mesti ada tafsirannya sekali kan..
Saya asyik dan kusyuk mendengar bait-bait suci Al-Quran sambil mengamati dengan kusyuk tafsirannya..
Secara tak sedar, titis jernih itu makin lama, makin laju..
Dan saya agak sebak tatkala seorang peserta dari India membacakan Surah Ar-Rahman, tatkala beliau menyebut kalimah ini berulang kali:




"Fabiayyi ala i rabbikuma tukadziban" 
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?).



Saya sendiri tidak pasti kenapa ayat ini memberi impak yang agak besar bagi diri ini..
Mungkin kerana kita sering alpa dan leka tanpa disedari..
 Alunan ayat suci Al-Quran bisa menenangkan jiwa-jiwa yang gundah dan resah..Subhanallah3x... 
Kalam ALLAH merupakan terapi yang hebat yang sukar digambarkan dengan kata-kata...:)
Yaa, itu sangat pasti..


DAN.........................................



Semalam saya baru sempat tengok Filem Nur Kasih kat Youtube..
Seyes cerita tue memberi impak kat jiwa saya..
Saya kagum dengan Adam dan Nur..
Kisah mereka dari muda ke tua meruntun jiwa saya untuk menghayati pengorbanan suami isteri ini dalam mempertahankan mahligai dan istana impian mereka..
Titis jernih itu mengalir lagi untuk kesekian kalinya..
Entah kenapa saya agak emo dan sentimental semalam..
Tapi alhamdulillah hari ini saya dah OK seperti hari-hari sebelumnya..
Kejadian semalam merupakan salah satu cara untuk kita muhasabah diri..
Untuk lebih mengingati ALLAH..
Untuk memperbaiki kelemahan diri yang ada..
Untuk mengadu pada DIA yang mencipta kita..
Hanya DIA yang tahu apa yang tersurat lagi tersirat, yang nyata mahupun tersembunyi..
Iman manusia yang sentiasa turun naik, tidak menentu ini perlu diupdate sentiasa..
Ikhlaskan hati............
Redhakan apabila sesuatu tue bukan ditakdirkan untuk jadi milik kita...
Memang susah, tapi tak mustahil kan...
Insya ALLAH saya boleh, anda juga boleh melakukannya...(^_^)



P/S :  Hidup ini bukanlah seindah NOVEL yang kerapkali berakhir dengan HAPPY ENDING..Namun tentunya pernah terselit keindahan dan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan apatah lagi untuk dilupakan...Let's say ALHAMDULILLAH...:)


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails