bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Tuesday, December 8, 2009

LeLaki VS wAniTa............

Wanita..........
Rusuk Hawamu indah..
Seindah tuntutan alam terhadap dirimu..
Rajukmu bukan bererti marah atau menurut nafsu amarah..
Tetapi menuntut pengertian dalam seribu makna yang berbeza..

Lelaki............
Engkau dihimpit dengan ego duniawi..
Kadang kala hingga memakan diri sendiri..
Tentunya hakikat itu engkau sendiri tidak pernah sedari..
Kerana engkau tidak pernah mahu memahami..

Wanita............
Kata-katamu ibarat madah pujangga yang bisa menjadi penawar duka..
Namun mengapa ditafsir segelintir pihak menjadi racun berbisa??
Diperalatkan syaitan Laknatullah menjadi senjata utama..
Menyebabkan seorang Adam bisa tertewas, lelah dan mengah..

Lelaki........
Lahirmu sebagai Khalifah di muka bumi penuh onak duri..
Juga dikenali sebagai Yadul Kasbi..
Tentunya bermaksud tangan yang mencari rezeki..

Wanita...........
Engkau dicipta dari tulang rusuk yang bengkok..
Perlu dipimpin dan dibimbing supaya bertapak di jalan yang lurus,tidak bengkang-bengkok..

Lelaki.........
Begitu mudah berjanji dan berpuisi..
Kononnya dia mencintai sepenuh hati..
Namun realitinya kekasih ada di kanan dan kiri..

Wanita.........
Engkau terus mempercayai separuh mati..
Tanpa was-was dan syak wasangka bertakhta di hati..
Akhirnya diri sendiri yang akan rugi..

Lelaki VS Wanita............
Masing-masing punya ego tersendiri tentunya..
Jangan pernah persoalkan SALAH SIAPA..
Tetapi sama-sama la kita perbaiki kelemahan diri yang ada.......(^_~)

                                                  
                                                                 Hasil Nukilan...
                                                                Nad Nadieyah

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails