bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Sunday, May 1, 2011

CiNtA mOnYeT??? :P

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini hati saya ingin berbicara mengenai CINTA MONYET..
First of all, maafkan saya dan izinkan saya...............

"Heheheheheheheheheheheheheheheehehehehehehehheehheheheheheheheheh
hehehehehhehehehehehehehhehehehehehehhehehehehehehehhehhehehhehehe
heheheeheheheeheheheeheheheheheheehehehehehehehheheheheheheheheehe
hehehehehehehhehehehehehehehehehehehhehehehehehehehehehehehehehehe
heheheheheheheheheheheheheheheheheheehehehehhehehehehehehehehehehe.."

Astagfirullah..hehee..
Maafkan saya kerana perlu ketawa dahulu sebelum meneruskan bicara seterusnya..
Sebenarnya saya terkenangkan sesuatu ketika menaip entry ini..
Terkenangkan monyet barangkali..Hehee..
Almaklum laa entry kali ini berkisar mengenai cinta monyet..Ok2 abaikan ketawa di atas..hehe..
Kita terus kepada agenda kita iaitu mengupas lebih lanjut mengenai cinta monyet..
Apa??Tajuk ini sudah lapuk????
Owh, you're maybe rite..
Tapi anda pernah x dengar peribahasa 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'??
Xada kaitan erk??Ok2..abaikan sekali lagi..Heheee..
Isu ini sebenarnya sudah lama berlaku dan ia terus berlaku dan berlaku sampai laa sekarang nie even zaman dah moden..
Isk3..Manusia yang punya angkara, monyet pula dapat nama kan..Memang xpatut..Hehee..
Ok, melalui researh yang saya buat, (cey3)..hehe..Statement nie saya ambil dari wikipedia laa..:)

DEFINISI CINTA MONYET:

             VS                     

"CINTA MONYET adalah istilah informal yang berarti perasaan cinta yang terjadi antara sepasang anak muda yang masih dalam masa remaja. Istilah ini juga dapat digunakan sebagai kata sindiran, yang digunakan kepada seseorang yang kurang mencintai pasangannya..."

Ok2..Saya tahu apa yg bermain di fikiran anda pada waktu dan saat ini.
Apa motif berbicara mengenai cinta monyet kan??Ok fine..
Kejadian berlaku apabila saya terkenangkan situasi apabila balik cuti study week selama seminggu di penang baru-baru ini..
Semasa keluar membeli barang bersama mama di shopping kompleks..Xperlu laa sebut kat sini yar..
Saya ternampak budak-budak sekolah jalan berpegangan tangan (memang laa waktu tue diorang xpakai pakaian seragam sekolah tapi hakikatnya budak di bawah umur laa nie)..
Ok, saya rasa nak tergelak time tue..heheee..
Terfikir dalam hati, nie kot yg orang cakap cinta monyet tue..Hehe..
Tapi saya sempat istigfar dlm waktu yg sama..
Kesian kat diorang sebenarnya..
Budak-budak laa katakan..Baru nak kenal dunia.
Jiwa masih mudah dipengaruhi anasir-anasir luar..
Budaya barat menjadi ikutan..
Tengok laa macam mana anak muda kita terikut-ikut dengan budaya remaja barat..
Nauzubillah..
Ok, korang pernah dengar kan peribahasa 'seperti kera mendapat bunga'??
Owh, sekali lagi spesies ini dijadikan contoh..Famous kan spesies nie sebenarnya..Heheee..
Korang cuba tengok camna reaksi kera kalau dia dapat bunga..
Mesti dia akan koyak bunga tue..
Bukan dia tahu nilai sama ada bunga tue cantik ke..harum ke..
Dia xtahu nak hargai apa yang orang bagi kat dia..
Haaaa..tue laa cinta monyet sebenarnya..
Cinta yang hanya datang sementara sahaja..
Perasaan yang akan berubah mengikut musim..
So sekarang korang dah faham kan kenapa saya menulis entry ini..
Bila tengok remaja-remaja berkelakuan macam tue, sebenarnya saya agak sedih..
Kalau agama lain tue lain cerita laa kan..
Nie orang melayu..Agama Islam..Terang-terangan pakai tudung bagi yang perempuan..
Tapi......................................
Sekarang nie xleh nak salahkan ibu bapa saja sebenarnya..
Hmmmmmmmmmmmmmmm..
So salah siapa erk???
Tepuk dada, tanya iman k..
Kalau tanya selera, sudah tentu anda akan kalah kerana nafsu akan mem blur kan pandangan anda..
Saya hanya dapat tegur dalam hati walaupun saya tahu itu selemah-lemah iman..Hmmm...:(

P/S: Saya ketawa kerana teringatkan seorang teman yang AMAT gemarkan "spesies tue" heheee..Semua kawan-kawan memang tau laa binatang kesayangan dier..So, dah terjawab kan persoalan kenapa saya ketawa panjang di atas..Alasan knapa sukakan spesies tersebut: MONYET COMEI..Heheeee..Ok, saya gelak sekali lagi..Heheee...:P

DAN


NOTE: Saya amat bersyukur kerana ALLAH memelihara saya daripada cinta manusia yang melalaikan..Ok, saya mengaku, kadang-kadang memang seronok tengok orang yang bercinta nie..Xpernah sunyi kot..Asyik2 bergayut telefon..Mesej plak xberhenti dari pagi sampai laa ke malam..Nak g mana pun mesti nak kena report kat pasangan dlu..(Saya buat research dari pengalaman kawan-kawan)..Tapi bila saya fikir balik, saya mungkin akan lalai jika terlibat dengan "syndrom cinta" nie..So, saya membuat keputusan untuk menjaga hati saya dari terpengaruh dari anasir-anasir luar..Insya ALLAH..ANDA tolong doakan saya supaya saya mendapat CINTA YANG HALAL suatu hari nanti..Syukran Jazilan ya Sahabat...(^_^)

Friday, April 22, 2011

Doa Untuk Sahabat...:)


HADIS: 

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"


Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali


Bismillahirrahmanirrahim...
 Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

 Ya Allah..
tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah
hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah
hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Ya Muhaimin..
jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta
nafsu.

Ya Rabbana..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan
hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta
hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..


Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan
hati hambaMu yang lain... AMIN


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Bait kata-kata di atas menjadi muqadimah saya pada hari ini..
Diri ini terkenangkan sahabat-sahabat seperjuangan tatkala duduk sendirian..
Masing-masing sudah punya kehidupan sendiri, saya kira..

Terkenang sewaktu zaman persekolahan..
Masih punya sifat kebudak-budakan..
Gurau senda serta gelak tawa memeriahkan suasana kita..
Usik-mengusik menjadi tradisi sebuah persahabatan..

Namun, semua itu masa lalu dan sejarah lampau..
Biar ia menjadi kenangan terindah buat kita..
Adakah kalian juga masih mengingati diri ini???

P/S: Kenang daku dalam doamu...(^_^)



  
 ~Yindu Korang~ 


~Kengkawan Di UiTM Dungun~  


~Kengkawan Sekolah~    



~ Housemate di Puncak Alam~(^_^)  





REMEMBER THIS!!!!!



Thursday, April 21, 2011

~DaRi KeKaSiH bUaT KeKaSiH~


~Pic di atas sekadar hiasan~


Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Agak lama diri ini menyepi..
Namun hati tidak pernah lupa pada kalian yang sudi singgah walaupun sebentar di tinta maya milik saya ini..
Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu buat tatapan anda yang saya hargai..
Artikel ini saya petik dari laman web www.iluvislam.com ..
Sesungguhnya saya amat tersentuh dengan setiap bait kata-kata yang dirungkaikan dalam artikel tersebut..
Lantas hati ini pantas tergerak untk berkongsi bersama kalian..
Jom kita hayati bersama-sama... :)


"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."

Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.

Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.

Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.


Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!


Wahai Kekasih,

Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

Saturday, February 12, 2011

WaHai HaTi sEkaLiAn..bErSaBaRLah..JanGaN BiAr iA rEBaH...............



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum..


Segala puji bagi ALLAH, pemilik nyawa ini..ALLAHUAKBAR..
Ya ALLAH..
HambaMu ini hanya insan kerdil di sisiMu..
Walaupun kerap kali tewas dek bisikan-bisikan nafsu..
Walaupun acap kali tersungkur di lambung ombak perasaan..
Walaupun sering kali rebah dan bangun silih berganti..
Engkau tetap menyayangi diri ini..
Syukurku yang tidak terhingga kepadaMu: 
Doaku yang sentiasa Engkau dengari..
Luahan hati telah sarat HambaMu ini kirimi..
Dan tanpa jemu Engkau memberkati diri ini..
HATI..
Hati ini Ya ALLAH, Hati ini yang begitu rapuh diamuk badai dunia..
HambaMu ini cuba untuk berlagak "kuat"..
HambaMu ini cuba untuk tidak goyah..
HambaMu ini cuba untuk tidak melatah..
Namun, kadangkala ia rebah jua..
Astagfirullahalazim..HambaMu ini memohon keampunan dari Engkau Yang Maha Hebat..
Ya ALLAH..
Kadangkala hati ini terasa begitu "gagah" di saat menerima uijian dariMu..
Namun, kadangkala hati ini beralih arah, berbolak balik dan resah menyelimuti kalbuku..
Kerana itu Ya ALLAH, Engkau ampunilah dosaku Ya ALLAH..
Hati ini dalam peganganMu..Engkau penuhkanlah ia dengan cahaya keimanan..
Ya ALLAH..
Dugaan dunia ini maha hebat..
HambaMu ini takut Ya ALLAH..
HambaMu ini gentar Ya ALLAH..
HambaMu ini hamba yang sentiasa khilaf Ya ALLAH..
Dengan itu, Engkau bimbinglah hati ini Ya ALLAH..
Kerana hambaMu ini tahu, hambaMu ini sedar..Yang segala-galanya bermula dengan hati..
"Innamal a'malu binniyat" : Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat..Dan niat itu tentulah datang dari hati yang tulus suci..
Maka dengan itu Ya ALLAH, Engkau pimpinlah hati ini menuju ke jalanMu..Amin Ya Rabb..

                                                       Hasil Nukilan: 
                                                       NaD NaDiEyAh ALi



P/S:  UjiAn iTu SaTu TarBiyAh..HATI....JaNgAn MudAh KAU ReBaH..TiDaK pErLu CePaT mELaTaH..TeMpuHi DenGan HaTi YaNg TaBaH...♥

Monday, February 7, 2011

IsTeRi CeRdiK YaNg SoLeHaH...(^_^)

IsTeRi SoLeHaH      

Isteri cerdik yang solehah..
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran..
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan..
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan..

 
Pandangan kita diperteguhkan..
Menjadikan kita tetap pendirian..
Ilmu yang diberi, dapat disimpan..
Kita lupa, dia mengingatkan..


Nasihat kita, dijadikan pakaian..
Silap kita, dia betulkan..
Penghibur di waktu kesunyian..
Terasa rahmat bila bersamanya..


Dia umpama tongkat si buta..
Bila tiada, satu kehilangan..
Dia ibarat simpanan ilmu..
Semoga kekal untuk diwariskan..

 
~Kumpulan Nasyid: Saff One ~
 
 

P/S: Saya sediakan secebis bingkisan buat tatapan kalian..Semoga setiap seorang daripada kita tergolong dalam golongan Soleh dan Solehah..Amin Ya Rabb..Saya pasti, setiap orang tentunya ingin mendapatkan pasangan yang baik sebagai pelengkap diri, untuk saling melengkapi antara satu sama lain..Namun, sedarlah bahawa kita bukanlah sehebat dan sesempurna Rasullullah S. A. W untuk mendambakan teman hidup seistiwewa Khadijah..Lantas, untuk mendapatkan yang terbaik, kita juga perlu menjadikan diri kita terbaik dalam setiap hal..Wallahulam…




Saturday, January 8, 2011

ALLAH tempat kita meminta dan memohon segala sesuatu..Janji ALLAH yang pasti, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di waktu ini..Terima kasih Ya ALLAH..
Sahabat, ingin saya rungkaikan satu persoalan..
Siapa yang memperkenankan doa tatkala kita berada dalam kesulitan??
Allah huakabar..ALLAH lah tempat kita memohon pertolongan..
Tempat kita mengadu tatkala dihimpit masalah ini dan itu..
Tempat kita merintih sayu di saat jiwa sedang diamuk pilu..
Tempat kita mengungkap rasa hiba di kalbu..
Yaa, ALLAH lah tempat kita meminta..
Ya ALLAH, jadikan diri ini hamba-Mu yang selalu bertaqwa..Amin Ya Rabb..
Memetik kata-kata seorang sahabat: “Sejahat-jahat mana pun kita, ALLAH tetap bagi apa yang kita mintak…”
Ya, saya juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan..
ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Mengenang kembali doa-doa saya yang terdahulu, Subhanallah, Alhamdulillah..Tiada yang mengecewakan..
Innaka a’la kullisyai inqadir, Sesungguhnya ALLAH berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..

Lantas, nikmat apa lagi yang perlu kita persoalkan???
Saya berkata kepada diri sendiri, nikmat apa yang saya perlu dustakan lagi sekiranya hampir semua doa saya ALLAH telah dimakbulkan..Alhamdulillah..
Dan saya lah manusia yang paling berdosa jika saya tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH yang tiada penghujungnya..Nauzubilahiminzalik..
ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin ALLAH; dan sesiapa yang beriman kepada ALLAH, ALLAH akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu…” {Surah At-Tagaabun:11}
Lumrah manusia, jika terhantuk, baru terngadah.
Sekiranya punya masalah baru kembali mengingati ALLAH..
Sahabat, jadikan kata-kata ini sebagai medium untuk kita berubah..
Ayuh, ingatlah ALLAH setiap masa..Di dalam suka mahupun duka, Nescaya kita akan bahagia..
Nasihat ini bukan sahaja kepada anda, tetapi tentu lebih kepada diri saya sendiri..
Amat tertarik dengan kalam ALLAH dari Surah Insyirah ayat 5 dan 6..:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan…”
Subhanallah..
Ya ALLAH, ampunilah semua dosaku..Lindungilah aku dari segala fitnah dunia dan azab-Mu ya ALLAH..Sesungguhnya aku hanya hamba-Mu yang lemah Ya ALLAH..Ya ALLAH, hanya kepada-Mu aku bersujud…
Related Posts with Thumbnails