bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Sunday, August 29, 2010

Sejauh Mana Letaknya Iman Kita???


Assalamualaikum..

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam..
Yang menghidupkan sebelum mematikan..
Yang menjadikan dunia sebagai medan untuk mendapatkan tempat istimewa di akhirat kelak..
Yang menjadikan Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan dan jambatan untuk memiliki reda Sang Pencipta..

Saat ini, teringat firman ALLAH (S.W.T)..
Sesungguhnya manusia itu ialah sebaik-baik kejadian..
Tetapi dewasa ini manusia berada di tempat yang serendah-rendahnya dek kerana rakus mengejar dunia yang fana..
Timbullah situasi bapa sudah tidak mengenal anak..
Ibu hilang sifat kasih sayang dan perikemanusiaan..
Anak semakin jauh terpesong dari jalan kebenaran..
Nauzubillah……….

Sedarlah manusia bahawa dunia sekadar tempat persinggahan..
Untuk menghilangkan dahaga dengan air takwa..
Sebagai bekalan menuju ke destinasi seterusnya..
Insya ALLAH kekal di alam sana…

Saudaraku..
Aku pun bukanlah seorang yang sempurna peribadinya..
Masih banyak kekurangan di sana sini..
Masih banyak perlu belajar memperbaiki kelemahan diri..
Masih banyak perlu nasihat dan teguran yang ikhlas dari sanubari..
Kerana aku hanya manusia biasa yang punya nafsu dan perasaan..
Namun diri masih ingin berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa ini..
Buat peringatan buat keluarga, teman dan tidak terlepas pada diri sendiri..

Tatkala muhasabah diri di malam yang hening..
Aku menjadi malu pada diri sendiri..
Tentunya lebih malu kepada Ya Rabbi..
Kerana banyak keluhan yang keluar dari bibir ini..
Oleh itu, aku memohon petunjuk-Mu Ya Ilahi..
Berilah peluang untukku memperbaiki nawaitu di hati..

Saudaraku..
Benarkah kita seorang yang taat pada perintah khalik yakni ALLAH Azzawajaala??
Jadi, sejauh mana letaknya iman kita???
Teringat firman ALLAH yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

(surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2)

Kalam ALLAH ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Nikmat iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa sesi ujian yang telah ditetapkan oleh Allah (S.W.T). 
Insya ALLAH...


    


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails