Assalamualaikum…
Tinta maya mula menyusun bicara tatkala sendirian..
Mungkin kerana tinta maya ini tidak mahu lokek tanpa wadah pemiliknya lagi..
Dan waktu sebegini lebih tenteram barangkali..
Saat ini, hati kecilku tergerak untuk berbicara mengenai soal hati..
Lantas jejari pantas memainkan peranan menari-nari di atas papan kekunci mengikut rentak naluri..
Cubalah fahami dan hayati dalam konteks tersendiri..
Tatkala hati ada cinta..
Tentunya hidup ibarat taman syurga..
Kian indah dipenuhi bunga-bunga cinta..
Ayat-ayat cinta pun mula berbicara..
Tatkala hati ada cinta..
Racun pun berubah menjadi madu hendaknya..
Yang haram tiba-tiba dihalalkan pula..
Terus lupa pada Pencipta..
Tatkala hati ada cinta..
Nafsu pun turut bergelora..
Hingga bergelumang dalam dosa..
Syaitan apa lagi, terus bersorak gembira..
Nauzubillah….
Hati..
Engkau ‘kosong’ tatkala cinta manusia menguasai diri..
Lupakah engkau pada cinta Ilahi???
Yang engkau janji untuk setia sejak azali...
Tetapi mengapa engkau alpa sebegini???
Hati..
Engkau lupa akan makna cinta hakiki..
Cinta yang akan membawa kepada kebahagiaan abadi..
Namun, cinta manusia juga yang engkau cari..
Akhirnya diri sendiri juga yang akan rugi..
Hati..
Sesungguhnya engkau masih punya ruang untuk perbaiki nawaitu di sanubari..
Untuk mencintai makhluk bersandarkan cinta pada Ilahi..
Yang tentunya menjanjikan cinta suci serta diberkati..Insya ALLAH...
Hasil Nukilan:
~NaD NaDiEyAh~
No comments:
Post a Comment