NaD NaDiEyAh ALi
Saturday, February 11, 2012
Pemilik Tulang Rusukku?? (^_^)
Diri ini sedar bahawa diri ini bukanlah insan sempurna..
KAMU (Ya, saya maksudkan kamu!)
Jika cantik yang dirimu dambakan, maka itu bukan aku..
Jika bijak yang dirimu inginkan, maka itu bukan aku..
Jika solehah yang dirimu mahukan, maka itu juga bukan aku..
Aku manusia yang sedar kekurangan diri..
Bisakah engkau membantuku??Ya, dirimu yang aku maksudkan……………..
Aku wanita yang sedang mendaki tangga-tangga untuk memperbaiki kekhilafan diri..
Aku wanita yang mengharap dirimu memimpin aku keluar dari persoalan yang menghimpit diri..
Aku wanita yang dambakan seorang imam yang mampu mengimarahkan solatku..
Aku wanita yang tercari-cari makna cinta hakiki..
Maka, bimbinglah aku…………….
Aku wanita yang ingin dicintai dan mencintai..
Ya, itulah lumrah alam..Normal bagi seorang manusia..Fitrahnya sememangnya begitu bukan??..
Aku tahu di sebalik alimnya dirimu, engkau juga gemar bergurau senda, bukan serius semata-mata..
Bukankah bergurau senda juga aktiviti Nabi bersama isterinya??..
Hidup tanpa bergurau senda, Hilanglah nikmat cinta..Bukankah begitu?
Aku tahu di sebalik diammu, ada rasa yang sedang engkau sembunyikan..
Aku tahu di sebalik ilmu yang engkau miliki, engkau juga gemar berkongsinya dengan diriku..
Dirimu,
Engkau sedang berbuat apa? Dan di mana?
Jauh di sudut hatiku, aku rindu..
Didiklah aku untuk menjadi yang lebih baik..
Tegurlah aku jika ada khilaf di sana sini..
Maafkan aku jika engkau terasa hati..
Sudah kukatakan, aku bukan insan sempurna..
Engkau juga tidak sesempurna mana..
Namun akan kuterima kekuranganmu dan menjadikannya sebagai kelebihanmu kelak..
Itu janjiku..Biiznillah…
Semua ini sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata biasa..Sungguh..
Lidahku pasti kelu..Sebenarnya aku malu…………….. :(
Bukan semua perkara boleh diurai dan dirungkaikan satu persatu..
Mungkin aku dan dirimu tidak memahami apa yang kita rasa sebenarnya..
Perasaan ini sukar untuk dijangka..
Namun, aku pasti hati hati kita dapat merasakannya, ‘Karena Hati Bicara’……J
Siapapun dan di mana pun dirimu, aku pasti kita akan bertemu suatu hari nanti..
Akan kujaga hati dan diriku..Insya ALLAH…J
Hasil Nukilan:
NaD NaDiEyAh ALi
NaD NaDiEyAh ALi
Saturday, July 23, 2011
Ia hadir tanpa dipinta.............
~Pic sekadar hiasan~
-Merenung masa hadapan yang belum pasti-
...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Pernah tak anda rasa sedih membelenggu diri tanpa sebab yang agak munasabah???
Yaa, ia hadir menemui saya tanpa dipinta......................
Sungguh, saya amat tidak menyukai perasaan ini..
Ceria,senyum,dan bergurau senda merupakan identiti diri ini..
Namun perasaan itu hadir tanpa diduga..
Yaa, itu merupakan perasaan dan situasi biasa yang akan menjenguk setiap insan..
Kenapa titis jernih itu sangat laju menuruni pipi..??
Ibarat air terjun yang tiada hentinya..
Cerita bermula semasa saya menonton Siaran Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di tv..
Hati ini memang sentiasa tersentuh apabila mendengar alunan ayat suci Al-Quran apatah lagi ketika mengalunkannya sendiri..
Seperti biasa apabila kita tengok Tilawah Al-Quran tue kat tv, mesti ada tafsirannya sekali kan..
Saya asyik dan kusyuk mendengar bait-bait suci Al-Quran sambil mengamati dengan kusyuk tafsirannya..
Secara tak sedar, titis jernih itu makin lama, makin laju..
Dan saya agak sebak tatkala seorang peserta dari India membacakan Surah Ar-Rahman, tatkala beliau menyebut kalimah ini berulang kali:
"Fabiayyi ala i rabbikuma tukadziban"
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?).
Saya sendiri tidak pasti kenapa ayat ini memberi impak yang agak besar bagi diri ini..
Mungkin kerana kita sering alpa dan leka tanpa disedari..
Alunan ayat suci Al-Quran bisa menenangkan jiwa-jiwa yang gundah dan resah..Subhanallah3x...♥
Kalam ALLAH merupakan terapi yang hebat yang sukar digambarkan dengan kata-kata...♥:)
Yaa, itu sangat pasti..
DAN.........................................
Semalam saya baru sempat tengok Filem Nur Kasih kat Youtube..
Seyes cerita tue memberi impak kat jiwa saya..
Saya kagum dengan Adam dan Nur..
Kisah mereka dari muda ke tua meruntun jiwa saya untuk menghayati pengorbanan suami isteri ini dalam mempertahankan mahligai dan istana impian mereka..
Titis jernih itu mengalir lagi untuk kesekian kalinya..
Entah kenapa saya agak emo dan sentimental semalam..
Tapi alhamdulillah hari ini saya dah OK seperti hari-hari sebelumnya..Kejadian semalam merupakan salah satu cara untuk kita muhasabah diri..
Untuk lebih mengingati ALLAH..
Untuk memperbaiki kelemahan diri yang ada..
Untuk mengadu pada DIA yang mencipta kita..
Hanya DIA yang tahu apa yang tersurat lagi tersirat, yang nyata mahupun tersembunyi..
Iman manusia yang sentiasa turun naik, tidak menentu ini perlu diupdate sentiasa..
Ikhlaskan hati............
Redhakan apabila sesuatu tue bukan ditakdirkan untuk jadi milik kita...
Memang susah, tapi tak mustahil kan...
Insya ALLAH saya boleh, anda juga boleh melakukannya...(^_^)
P/S : Hidup ini bukanlah seindah NOVEL yang kerapkali berakhir dengan HAPPY ENDING..Namun tentunya pernah terselit keindahan dan kegembiraan yang sukar untuk digambarkan apatah lagi untuk dilupakan...♥Let's say ALHAMDULILLAH...:)
Thursday, July 7, 2011
TERKENANG ----->Zaman Muda2 d UiTM Dungun{Time Diploma}
~Pic zaman muda dahulukala..hehee... :P
Bajet cover album kot??!!(JANGAN KETAWA!!!) ahakzZ.. :P
Pic nie diambil time saya baru masuk diploma di UiTM..Time part 1 nie...(^_^)
...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Saya merindui zaman diploma..Sangat seyes di sini.. :(
Hmm, ada satu lagu klasik yang saya ingat..
Maybe sesuai ngan entry pada kali ini..
So testing2..ahakzz..:P
"Terkenang semasa dulu, hatiku merasa rindu..Mungkinkah dapat bertemu..." Nananaanaa/Lalalalalaa~Selebihnya saya xberapa ingat dah..heheee...(^_^)
Kenangan sewaktu diploma sangat2 laa best dan tak mungkin saya lupakan sampai bila2..insya ALLAH..
Semasa diploma laa saya belajar erti berdikari..
Sahabat laa menjadi ahli keluarga pada masa nie kn..
Bagi sesiapa yang pernah tinggal di asrama pasti mengerti bahawa sahabat memainkan peranan yang sangat penting di waktu ini..
Bayangkan anda berjauhan dengan keluarga..
So keluarga anda di waktu itu tentunya para sahabat...
Saya mempunyai sebuah keluarga yang besar ketika di UiTM Dungun..
Semua bebudak kelas merupakan teman rapat..
Saling memerlukan dan saling membantu antara satu sama lain..
Bagaikan sebuah keluarga bahagia..
Mana tak nya, pergi kelas sekali, Buat assignment sama-sama..Berkongsi makanan juga tidak ketinggalan..
Macam pepatah bebudak zaman sekarang laa kan.."Sharing is caring, caring is loving.."..Tak gitu???hehee...
Perkara ini semua mengeratkan lagi persahabatan dan ukhwah sesama kami..
Namun, perpisahan itu terjadi juga apabila saya mendapat tawaran untuk continue ke peringkat degree...
Berat hati sebenarnya untuk berpisah dengan mereka yang saya anggap seperti adik-adik dan family sendiri..
Tapi mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..
Insya ALLAH kita akan dipertemukan suatu hari nanti adik-adikku..
Diri ini tidak pernah melupakan kalian..
Kalian punya tempat di suatu sudut istimewa dalam hati akak..
Harap adik-adik akak success slalu, di dunia mahupun akhirat..Insya ALLAH..Biiznillah..
~Saya yang memakai skirt itam labuh itu..(^_^)
Mereka begitu sonok berada di atas batu..
Saya tiada kelebihan dalam panjat memanjat seperti mereka.. :(
Nie time part 1 juga..
Pic di ambil di Pantai Teluk Gadung betol2 bertentangan dengan UiTM Dungun..
Saya merindui kalian...............................
~Saya hanya boleh berposing sambil bersandar kat batu tue jaa..
Ikut pesanan mama...(^_^)
BAIK!!!!~versi Shin Chan..Heheee... :P
P/S: Sebenarnya ada banyak lagik gambar kenangan saya semasa diploma..Rasanya time dip lagi banyak kot kitaorang bergambar..Cuma time degree yang xberapa banyak sangat..Life degree leh kata agak buzy..Degree best tapi best lagik diploma..Saya pasti ramai yang bersetuju dengan apa yang saya katakan..Sempat upload tiga pic saja tuk entry kali nie dek kerana line yang sangat laa alkelembapan di situ..Tapi takpa..Sabar2..Sabar tue sebahagian dari iman kan..kan..:)
Insya ALLAH kalau panjang umur dan line elok saya akan buat entry mengenai sahabat2 versi degree plak..Jangan tacing2 erk..TAK kira sahabat sekolah,diploma mahupun degree, anda semua tetap di hati saya..Insya ALLAH sahabat selamanya....(^_^)
Sunday, July 3, 2011
Mereka Yang Ceria...(^_^)
...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
~Saya xsempat pandang kamera..Padahal kena tengok kamera sambil pandang kat cermin..Miza kata saya kusyuk pandang henpon mahal Nora..Hehee... :P
Sepanjang cuti 2 bulan nie, boleh kira dengan jari saja berapa hari saya keluar umah..Hari selebihnya, saya lebih suka duduk terperap di rumah..Itu memang rutin harian saya..~Rumahku Syurgaku...(^_^)
Tapi kalau tak keluar langsung, alamat saya tak tahulah apa perkembangan yang jadi kat luar tue kan..Hehee..:P
SO....................
Hari khamis baru-baru nie, saya meluangkan masa bersama sahabat-sahabat baik saya..And thanx a lot to MIZA kerana datang dari Kedah semata-mata nak jumpa saya dan Nora..Yang saya sangat-sangatlah terharu kerana Miza yang mengambil saya dan bawa saya ke tempat yang dijanjikan..
Terima kasih Miza..I really appreaciate it!!!!Saya pulak yang risau kerana bimbang beliau lewat sampai rumah..Memang laa orang akan cakap kedah dan Penang jauh apa laa sangat..
Tapi lebih kurang satu jam setengah juga laa perjalanan beliau dari Kuala Muda ke rumah saya..Agak memenatkan kerana beliau menaiki motosikal..Dan saya berasa sangat lega kerana alhamdulillah beliau selamat sampai rumah..:)
By the way, mama saya mengenali Miza n Nora kerana mereka pernah datang ke rumah saya..
Bercakap mengenai Miza, saya mengenali beliau sejak sekolah rendah lagi..
Sejak darjah tiga saya sama kelas dengan beliau..
Dan mama pun mengenali keluarga beliau, begitu juga keluarga beliau mengenali saya..
Lama kan jarak perkenalan saya dengan beliau dan saya amat bersyukur kerana masih rapat sehingga ke hari ini..
Begitu juga Nora, saya mengenali beliau sejak Form 1 kerana sama-sama masuk Kadet Polis masa sekolah menengah dulu..Tapi kami tak pernah sama kelas sehinggalah saya masuk Form 6..Kami sama kelas time Form 6 dan menjadi rapat sehingga ke hari ini, Alhamdulillah..
Kerana itulah mama tak ada masalah untuk membenarkan saya keluar bersama mereka..:):):)
Hari tersebut saya amatlah gembira dan asyik tersenyum sepanjang hari itu..
Banyak cerita yang dikongsikan dan pelbagai aksi lucu mereka yang buat saya tak kering gusi..
Mereka membuat saya tertawa dengan telatah dan kerenah mereka yang kelakar..Hehee..
Saya dan Nora teman Miza cari skirt labuh..Miza kata dia berminat nak pakai skirt labuh plak sekarang nie..
Nora cakap saya dah turunkan ilmu pulak kat Miza kerana saya sering memakai skirt labuh apabila keluar..AhakzZ..Ada-ada saja laa idea Nora nie kan..Beliau memang sangat happening..:P
Seharian juga laa kitaorang menjelajah dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari skirt idaman Miza..
Dan akhirnya kami berjaya menjumpainya..heheee..
Walaupun skirt tue bukan seperti yang beliau nak pada awalnya tapi memandangkan skirt tue dipomot oleh saya dan Nora dengan bersemangat wajanya..Heheee..At last, beliau beli gak skirt tue..:P :P
Skirt tue tampak elegant even simple..
But sometime, less is more..Rite??(^_^)
Saya pulak yang rambang mata tengok banyak sangat design skirt yang cantik-cantik..Hehe..
Dah stalker hari tue dengan mereka..Ahakzz..
Pasnie saya pulak yang nak beli..Actually dah berkenan beberapa design yang menarik...(^_^)
Rasanya saya dah banyak berceloteh kan..So di bawah nie merupakan beberapa pic yang sempat kitaorang snap sebagai kenangan bersama...:):):)
~Pic nie tak berapa clear yar kan..Papun tetap ada kami bertiga...:)
~Saya dan Nora..PEACE!!! :P
~Dush!!hehee..Miza dan Saya...(^_^)
~K.A.M.I bertiga...(^_^) Alamak, pic Miza setengah ja yar..Hik3...:P
~Saya happy sepanjang hari nie..Thanx 4 both of u..Sayang kamu berdua yar..Frenz 4ever k..insya ALLAH..Biiznillah..Amin Ya Rabb...:):)
P/S: Terpaksa update lewat dua hari kerana line yang xberapa elok..Hmmm..:( Nyway thanx guys 4 make my day...:) :P
Friday, July 1, 2011
MoNoLoG BaHaSa KiTa...............
...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
MONOLOG BAHASA KITA
" Monolog bahasa kita, hanya kita yang mengerti......
Kerana kita berbicara dari hati ke hati.......
Melibatkan naluri dan sanubari.......
Monolog bahasa kita, ibarat enigma.........
Sukar ditafsir, susah dibaca............
Hanya kita yang bisa memahaminya..........
Kerana wujud simbiosis yang menyatukan jiwa-jiwa kita..........
Kekadang tak perlu diucap dengan kata-kata........
Hati ini punya gerak rasa...........
Umpama magika.........................
Perasaan ini unik dan tersendiri.................!!!! "
HaSiL NuKiLaN:
NaD NaDiEyAh aLi
Entry ini tercetus secara spontan tatkala saya duduk sendirian..
Mungkin entry ini tiada kaitan dengan sesiapa ataupun tiada motif yang specific semasa entry ini dihasilkan..
Namun hati ini yang secara tiba-tiba terasa ingin menghasilkan entry seperti tajuk di atas..
Entry ini mengisahkan mengenai perasaan~(untuk sesiapa sahaja yang bergelar insan dan mempunyai perasaan)..
Monolog bermaksud apa yang kita rasakan di dalam hati tanpa meluahkan..
Mungkin ada persamaan puisi yang saya hasilkan ini kerana seperti tajuk blog saya juga, "TATKALA HATI BICARA", juga mengisahkan mengenai HATI..
Entah mengapa diri ini begitu gemar membicarakan sesuatu yang punya kaitan rapat dengan hati..
Apa yang tersirat di dalam hati kita dan kita berbicara dalam hati,itulah yang dinamakan monolog..
Maaf sekiranya penerangan saya ini agak berbeza daripada maksud sebenar perkataan "MONOLOG"..
Maklum laa, dah lama tinggalkan KOMSAS~(Komponen Sastera)..Hehee..:P
Namun....................................................
Perasaan yakni apa yang kita rasakan di hati, bukan semua orang yang bisa memahaminya..
Cuma certain orang ja yang mempunyai "telepati communication" nie sebenarnya..
Ok, contohnya anda juga dapat merasakan perasaan suatu pihak yang lain..
Or sebelum seseorang tue cakap sesuatu perkara, anda dah dapat detect apa yang dia akan cakap terlebih dahulu..
Situasi seperti ini jarang sekali berlaku kecuali seseorang itu memahami anda ataupun dia merupakan orang yang rapat dengan anda..
Mungkin juga berlaku terhadap ibu dan anak, suami dan isteri, ataupun dalam persahabatan..
Namun bukan semua orang yang dapat memahami kita..
Ada juga orang yang sukar untuk memahami diri sendiri tetapi orang lain lebih memahami dirinya..
Ada juga situasi sedemikian..
Namun apa yang saya dapat katakan di sini, waima kita memahami orang lain, sukar untuk orang lain memahami diri kita..
Kadang-kadang kita yang terlalu menjaga hati insan lain sehingga hati sendiri yang terluka..
Jadi, puisi saya pada kali ini yang bertajuk "MONOLOG BAHASA KITA", menceritakan tentang keajaiban perasaan dan sekeping hati itu apabila kita cuba menyelami apa yang tersirat di hati seseorang itu..
Maksudnya di sini, sama-sama memahami..
Kita tidak boleh mengharapkan hanya orang lain yang memahami kita dan menjaga hati kita padahal kita bersikap sambil lewa dalam menjaga hati orang lain..
Manusia selalunya mengharapkan pasangannya sempurna,walhal dalam tidak sedar dirinya juga banyak kekurangan..
Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain, tetapi berusahalah memperbaiki kelemahan diri yang ada..
Alangkah indahnya jika kita mendapat pasangan seperti puisi di atas..
Saling memahami antara satu sama lain, kerana bicara dari hati ke hati itu punya magik yang tersendiri...(^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)