bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Thursday, May 19, 2011

Si MuSaFiR ciNtA dAn Si GaDiS...(^_^)~PaRt 2


~Pic di atas meminjam bait-bait lirik "Bunga-Bunga Cinta > Filem Dalam Mihrab Cinta~
~Pic ini sekadar untuk disesuaikan dengan kesinambungan cerpen ini..~



...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 


Seperti yang saya janjikan tempoh hari, hari ini saya akan meneruskan kesinambungan cerpen karya saya yang bertajuk "Si Musafir Cinta dan Si Gadis"
Mari kita hayati dan ikut membayangkan situasi yang akan saya gambarkan melalui gaya penulisan yang santai sebentar lagi..
Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ya sahabat..
Mari kita mulakan penjelajahan dalam merungkai isi hati Adam dan Hawa..


Setelah pertemuan SI MUSAFIR dan SI GADIS tempoh hari, tanpa diduga hati SI MUSAFIR telah terpaut pada SI GADIS..
Berlegar-legar alis mata redup SI GADIS di kotak fikirannya..
SI MUSAFIR sudah tidak betah duduk lagi..
Ada saja yang tidak kena pada tutur kata mahupun perlakuannya..
Dia rebah dek panahan cinta SI GADIS..
Tanpa diketahui SI MUSAFIR, SI GADIS juga mengalami hal yang sama..
Perasaannya pada SI MUSAFIR semakin hari semakin bercambah, bak bunga yang mekar dek PANAHAN CAHAYA MENTARI pagi..
Pabila kedua-duanya sedar bahawa masing-masing sedang dikalahkan dengan nafsu dan emosi, lantas  mereka terus tunduk mengadap SANG PENCIPTA..
PENCIPTA LANGIT dan BUMI..
Yang bertanggungjawab mengawal hati dan jiwa manusia..
Yang mengetahui yang NYATA mahupun TERSEMBUNYI..
Yang dapat merungkai yang TERSURAT mahupun yang TERSIRAT..
Mereka kembali memohon pada YA RABBI..
ISTIQHARAH CINTA pun memainkan peranan dalam menraih petunjuk ILAHI..
Hanya DIA yang mampu menunjukkan jalan yang benar lagi lurus..
Mereka sedar akan hakikat itu..
Lantas, KETIKA CINTA BERTASBIH, AYAT-AYAT CINTA pun turut bercerita..
SI MUSAFIR dan SI GADIS masing-masing duduk berteleku dan mula menyusun bahasa indah DI ATAS SAJADAH CINTA sambil meratapi kekhilafan diri yang mula dikuasi ANASIR dan VIRUS CINTA MANUSIA..
BICARA TANPA KATA mula menyusun rentak mengikut MELODI TANGISAN INSAF kedua-dua insan ini..
Mereka bermonolog sendirian tatkala mengadu pada SANG PENCIPTA tentang hati masing-masing yang kian dipenuhi BUNGA-BUNGA CINTA, bak selautan taman yang didiami mekarnya mawar merah..
Harum dan mewangi.......
Mereka buntu..
Cinta bagaimanakah yang mereka dambakan??
Adakah sehebat cinta SHAH JEHAN kepada MUMTAZ sehingga sanggup membina tugu cinta bak TAJ MAHAL???
Atau sedalam cinta LAILA terhadap MAJNUN???
Juga seperti cinta ROMEO dan JULIET yang sanggup berkorban nyawa antara satu sama lain???
TIDAK!!!!!!!!
Mereka tidak tega mencintai manusia melebihi cinta mereka terhadap SANG PENCIPTA..
Mereka lebih rela kehilangan cinta makhluk dari kehilangan CINTA YANG ESA...
Mereka menadah tangan lalu memohon kepada YA RABBI..

Ratap SI MUSAFIR lewat doanya:

"YA ALLAH............
Sekiranya dia yang ENGKAU ciptakan buat diriku..Yang ENGKAU telah catatkan namanya di LUH MAHFUZ khas buat diriku..
Yang akan melengkapkan kelemahanku dengan kelebihannya..
Sekiranya dialah tulang rusukku yang hilang itu, Maka aku memohon kepadaMU YA RAHMAN, YA RAHIM..
Engkau satukanlah hatiku dan hatinya..
Hanya kepadaMU aku memohon pertolongan..."

Doa SI GADIS lewat malam yang hening:

"YA ALLAH..ampunilah kekhilafan diriku YA ALLAH..
Aku rebah dek godaan cinta dunia yang fana..
Namun YA LLAH, hatiku telah terpaut dek ketulusan hati si dia..
Sekiranya si dia yang engkau takdirkan sebagai imamku sejak azali, maka satukanlah hati kami..
Jadikanlah si dia sebagai khalifah dalam hidupku..
Aku rela menjadi makmum dan belahan jiwanya Ya ALLAH...
Perkenankanlah doa hambaMU yang kerdil ini
AMIN YA RABBAL ALAMIN"

Mereka  menyerahkan sepenuhnya jiwa dan raga kepada SANG PENCIPTA..
Mereka akur dengan aturan ILAHI..
Hati mereka milik ILAHI..
Mereka yakin takdir ALLAH itu yang terbaik..
Dan janji ALLAH itu PASTI!!!!
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah juga sebaliknya..
Dan mereka yakin, sekiranya mahukan pasangan yang baik, soleh, mahupun solehah, mereka perlu menjadikan diri sendiri baik, soleh dan solehah terlebih dahulu..
Kini, mereka pasrah akan ketentuan ILAHI..
Lalu , bait-bait lagu BUNGA-BUNGA CINTA, DALAM MIHRAB CINTA berkumandang di corong radio seperti memahami apa yng mereka rasakan waktu dan ketika ini..


"B
unga-bunga cinta indah bersemi
Di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta"




P/S: Saya berharap pembaca dapat menghayati setiap bait kata yang saya gunakan di dalam cerpen ini..Sama-sama renungkan dan ambil iktibar di sebalik cerpen ini..Segala kekurangan itu datang dari kelemahan saya sendiri..Dan kebaikan yang anda dapati dari cerpen ini, tentunya dari ALLAH (S.W.T)
Wallahualam...(^_^)

Tuesday, May 17, 2011

RoMboNgaN Ija ke PuLau PiNaNg @ uMaH sAya...(^_^)~PART 2

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

First of all, pic2 yang berada di tangan kak ipah telah selamat beralih ke tangan saya..
Happy sangat coz ija dah mengemailkan pic2 kami semalam..Heheee..
So seperti yang dijanjikan, di bawah adalah antara pic yang kami sempat amik semasa ija bercuti di Penang bersama familynya..
Tapi toLooooNNggggGGG jangan buat muka pelik ok kalau anda nampak saya juga banyak terlibat dalam pic2 tersebut..:P
Sebenarnya diorang ajak saya juga berjalan-jalan bersama mereka semasa mereka bercuti di sini...:):)
So, apa lagi, sesi bergambar menjadi keutamaan di sini yaa..(^_~)
Eh, hari nie saya xnak berceloteh panjang lebar..
So, jom kita layan pic2 yang sempat disnap oleh kamera baru kak ipah..Hehee...:)



glitter-graphics.com


Pic nie semasa diorang nak balik dari umah saya..
Xsempat plak nak snap pic di dalam umah kerana asyik bersembang saja..hehee..
Dari kiri~ Yang budak comel nie DANIEL(anak kak ipah), KAK IPAH(kakak ipar ija), SAYA, WANIE(my sis), IJA (da comel gurl@topik pada hari nie) n MAMA SAYA yg tersayang...:)


Nie plak pic saya dan ija..
Pic nie membuatkan saya teringat zaman dulu-dulu di mana anak dara duduk di atas tangga sambil tersipu malu..Hehee...(^_^)
~Nie pic semasa kami di RUMAH P.RAMLEE~


Pic nie juga semasa di RUMAH P.RAMLEE
~Saya dan ija lagi!!!~(^_~) 


Haaaa..pic nie skali lagi mengingatkan saya kepada watak perempuan Melayu dalam cerita P.Ramlee..
Hanya mengintai tetamu yang datang di balik jendela dek kerana sifat malu yang ada..
Nice shot yar Abang Man (abang ija merangkap suami kak ipah)..(^_^)




~at Rumah P.Ramlee lagik..~:)




~Nie yar Abang Man Ija berserta isteri tercinta Kak Ipah n anak tersayang Daniel~






~at depan Arkib P.Ramlee~



Haaaaa..Tue diaa umah P.Ramlee..(^_^)
Nie laa Umah P.Ramlee yang ceq dok habaq kat ampa dari tadi..hehee..
~Cantik kan....:)~


~Pantai at de FeringGi~
*entry sebelum ini banyak pic di batu feringgi so entry ini saya hanya sertakan beberapa pic di batu ferinngi..


Berlatar belakangkan laut yang terbentang luas..
Mendamaikan hati sesiapa sahaja..
Indah dan permai..
..at de FerinGgi..
~Saya dan ija memang gemarkan laut~:)


Menjamu selera~CHAR KUEH TEOW...:)
~at Padang Kota Lama~




~Muka kepenatan setelah penat menjelajah Penang~
stiLL di kawasan Padang Kota Lama..


P/S: Nie saja pic yang saya smpat nk upload..Sebenarnya still ada pic di Penang Hill tapi hanya dapat snap di kaunter tiket saja..Kami xsempat nak naik keretapi tue..Kesian ija n family..Mesti laa agak frust kerana diorang datang dari jauh tapi hajat xkesampaian..Tapi ija ada cakap yang dia akan ke Penang lagi bersama ibu dan abah trcinta pulak pada masa akan datang..Welcome to Penang dear sis..Kecik tapak tangan, Jambatan Pulau Pinang kami tadahkan..~(yg nie propa kit)..hehee....(^_^)

Monday, May 16, 2011

RoMboNgaN Ija ke PuLau PiNaNg @ uMaH sAya...(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Ahlan Wasahlan..
(^_^)



Saya seperti mimpi di saat ini..Still xsangka ija dan family melawat saya di Penang..
Tolong cubit pipi saya yg xbrapa nak tembam nie..Heheee...:P


Betapa gembiranya hati saya apabila adik kesayangan saya -Siti Annor Hijjah Bt Shaikh Said- memberitahu hasrat beliau dan kakak ipar beliau untuk menziarahi saya dan keluarga di Penang dua hari yang lepas..(dalam ati~yeyeh100x..heheee)
Bersukur sangat kat ALLAH..
Dan terima kasih xterhingga kepada kak ipah(kakak ipar ija) n abang man(abang ija) kerana sudi membawa ija berjumpa nad di Penang..
Saya terlalu gembira sampaikan enggak bisa lelap bak kata orang indon..hehe..
Jika anda pernah membaca entry-entry saya yang terdahulu, mungkin anda sudah terbiasa dengan nama 'ija' ini..
Beliau merupakan classmate saya merangkap roomate ketika saya di UiTM Dungun suatu ketika dahulu [masa wat dip dulu laa..]
Dan kitaorg 'terpisah' selama dua sem yg memakan masa lebih kurang SETAHUN untuk bertemu kembali (semalam laa pertemuan jejak kasih 2 k)..hehe...:P
Setahun agak lama untuk kami berdua memendam rindu yang tidak dapat dibendung lagi..heheee..
Wah ayat sungguh skema..heeeheheeee..(sila gelak dalam hati saja k)...:P
Aik!!!!tolooOOonggGg JANGAN SALAH FAHAM!!
Kami bukan pasangan yang dilamun cinta k..Nauzubillah...(sangat serius d cnie)..
Kami pasangan adik beradik yang lain mak, lain bapak, juga lain tempat kelahiran..heheeeeeeee...:)
Beliau sekarang mengcontinue degree di UiTM Jengka, ija memang anak jati Pahang..
Saya pulak anak jati Penang (hye, nak jugak)..hehe...
Tetapi kami ditemukan atas dasar ukhwah islamiah..
Alhamdulillah..
Saya amat menyayangi beliau seperti adik-adik saya sendiri..
Ija, kamu begitu pandai mengambil hati kakakmu ini...:)
Dia memahami diri ini..
Dia tahu apa yang saya suka, dan apa yang saya tidak suka..
Dia tahu saya amat gemar melihat bulan dan bintang..
Mungkin ramai yang tidak tahu tabiat saya yang suka melihat bulan ini..
Sebenarnya dulu semasa di Dungun, saya selalu study sambil melihat bulan..
Kebetulan di hadapan bilik saya ada disediakn kerusi dan meja bagi tujuan berehat dan bersantai..
Ok, ada satu pengalaman yang sukar untuk saya lupakan..
Masa tue, kitaorang tengah minggu exam..
Of course suasana tegang dan tension plus pening menguasai semua pelajar di kolej itu..
Study3..Pagi buku, petang buku, malam pun buku..Titik!!
Malam tue bulan penuh dan Subhanallah..Sangat cantik..!!!:) :) :)
Masa tue saya, ija dan dua lagi roomate kami juga tengah study..
Tiba-tiba ija datang ke arah saya dan beria-ia ajak saya keluar dari bilik..
Saya pelik laa kn..
"Aik, awat plak ngan budak nie??Tadi punya tekun dok study.."(saya berkata dalam hati dlm longat utara~memang saya orang utara pun..haihh bdk nie..hehee)
Lepas tue, saya ngan malas ikut laa ija keluar dari bilik tue..
Ija siap cakap kat saya.."Akak, ija da surprise nie untuk akak..Mesti akak suka sangat.."~(Lebih krg mcm tue laa ayat ija time tue...)
Saya pun tertanya-tanya laa kan, surprise apa laa yg budak comel nie nak bagi kat saya..
Lepas tue dia ajak saya tengok bulan kat luar bilik...:) :) :)


Tapi nie bukan bulan yang kami tengok pada malam tue..
Nie bulan yang saya sempat snap semasa di padang kota semalam 


Saya punya laa happy bila dapat tengok bulan..
Bulan nie macam salah satu inspirasi saya..
Pelik kn??Hmm, tapi BENAR...:)
Bila jumpa ija kelmarin, macam-macam kenangan berlegar2 di kotak fikiran..
Saya amat bersyukur sebab berpeluang berkenalan ngan ija..
Dia menyayangi diri ini seperti ahli keluarga sendiri..
Saya juga amat rapat dengan keluarga beliau..
Terkilan sebab xdapat nk buat adik ipar..oOppSS..hehee...:)
IJAAAA..Akak Saaayyyaaaannnnnnggggg ijaaaa!!!!...:) (^_^)
Di bawah nie adalah pic yang sempat kami snap kelmarin..Sebenarnya banyak sesangat pic yang disnap kelmarin..Cuma pic itu masih ada di tangan kak ipah dan ija..
Saya masih menunggu mereka mengemailkan kepada saya..
Dan saya akan menguploadkan sebanyak yg mungkin..Heheee..
Kak ipah dah buat saya dan ija bajet diri jadi model muslimah ja semalam..Heheee...:)
Sementara tue, nie adalah antara pic yang berjaya disnap oleh enset saya...:)
PsSsttt, jom intai sama-sama..Hehehee...:P




~IsLaM e2 bersaudara kan...~
~Begitu juga saya dan ija...~
*Tingat time baru masuk part 1 dip kt UiTm Dungun, Suma asyik tanya kami nie adik beradik ka?
Kami melemparkan senyuman paling manis dan just mengiyakan jaa..Ahaaa...:P
Tapi dah lama-lama 2 org tau laa kmi just brgurau jaa..Kantoi yar...:)



~Merenung langit dan laut..~
~Begitu kagum ngan kebesaran Sang Pencipta~





~Kami lagi!!!~
~Bab bergambor, serahkan pada yang pakar!!!Hehee...:P!~



~Belatar belakangkan laut sebenarnya -at de FerinGgi yar~
~Tapi xberapa nak jelas sangat kat cnie...~



~Nie yar my si comel ija~
Ija tau kan, akak sayang ija..:):)
Akak tau, ija sayang akak gk..heheee...:)





~Kak ipah buat saya dan ija bajet@pasan cam model muslimah time nie~
Heheeee...:)
*Padahal sedar diri nie xlayak jadi model..hehee..Sebenarnya xpnah trlintas nak brmodel bagai..I'm just a simple person...:)


glitter-graphics.com


P/S: Serius xsabar+excited nak tengok pic2 yang ada dalam kamera kak ipah..Hope kak ipah email secepat yang mungkin kt nad erk..XSabar nk tunjuk kt mama, n adik2..Heheeee...(^_~)

Tuesday, May 10, 2011

Si MuSaFiR ciNtA dAn Si GaDiS...(^_^)


...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




~Pic hanya sekadar hiasan untuk menyesuaikan dengan jalan cerita di bawah~
~Cerita di bawah adalah hasil karya dan rekaan saya (NAD NADIEYAH ALI)~




Dirinya seorang MUSAFIR CINTA..
Mengembara di bumi milik SANG PENCIPTA..
Bukan sebarang cinta yang dirinya jejaki, melainkan cinta dan redha ILAHI..
Si Musafir mengatur langkah untuk ke LEMBAH IMPIAN, menuju DESTINASI CITA-CITA..
Tiba-tiba langkah Si Musafir terhenti, dek kerana lelah dan kehausan..
Lalu Si Musafir terpandang sebuah warung nun di seberang sana, tidak jauh dari tempat dia bertapak..
Dengan segenap kudrat yang ada, dia gagahkan kaki melangkah..
Kini, dia tiba di tempat persinggahan sekadar untuk menghilangkan dahaga cuma..
Dia terpana seketika..
Rupa-rupanya dia singgah di WARUNG IMAN lalu meneguk AIR TAKWA..
Si Musafir berasa lebih bertenaga untuk meneruskan perjalanan..
Lalu memanjatkan kesyukuran ke hadrat YANG MAHA ESA..
Perjalanan diteruskan..
Lembah didaki, lurah dituruni..Hutan belukar dijelajahi..
Lalu Si Musafir tiba di sebuah DESA HIKMAH..
Dia berteduh di bawah sebatang pohon rendang iaitu POHON CAHAYA untuk menghilangkan penat yang dirasai..
Tiba-tiba Si Musafir terpandang seorang gadis..
Dia terkesima..Sungguh!!
Walaupun hanya kelihatan sepasang mata milik Si Gadis, namun Si Musafir dapat menangkap NUR yang tersembunyi balik redup pandangan Si Gadis..
Lantas bibirnya mengucapkan "SUBHANALLAH"..
Namun hatinya pantas menafikannya dengan mengatakan "NAUZUBILLAH"..
Untung hatinya masih sarat dengan iman dan cinta yang ulung kepada SANG PENCIPTA..
Dia segera memalingkan wajahnya dari Si Gadis..
Si Gadis yang juga menyedar Si Musafir sedang merenungnya sebentar tadi, dengan pantas menundukkan pandangannya..
Si Gadis ingin ISTIQAMAH dalam GADHUL BASHAR..
ALHAMDULILLAH..
Hati kedua-duanya masih terpelihara oleh lembayung kasih sayangNYA..


NAMUN.......................................................

P/S: Insya ALLAH akan ada kesinambungan kisah di atas..Apa akan terjadi pada Si Musafir dan Si Gadis??Adakah mereka menaruh perasaan antara satu sama lain??..Insya ALLAH, saya akan cuba menyiapkan kisah ini secepat mungkin...:)


Tuesday, May 3, 2011

~CaHaYa MaTa AdaLaH AnUgErAh TerInDaH~


...ANAK...
~AnUgErAh ALLAH yAnG pALinG BeRniLai~ (^_^)


..السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

...بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



"Anak-anak umpama kain putih..Ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi."~ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hari ini saya ingin berkongsi berita gembira bersama anda..

Sahabat baik saya Norpadzhilah Bt Mohd Tamimi ~ telah selamat melahirkan anak pertama beliau pada 

 pagi tadi..

BABY GIRL!!!(^_^)

Alhamdulillah..


~ Nie laa Padzhilah (Pat) ~


Ya ALLAH, saya begitu gembira apabila mendapat berita tersebut petang tadi..

Rasanya saya yang excited lebih apabila menerima berita tersebut..Hehee..

Kadang-kadang rasa macam mimpi pun ada sebenarnya apabila sahabat-sahabat baik saya telah selamat

 mendirikan rumah tangga sekaligus bergelar isteri dan ibu..

Sahabat yang sama-sama berkongsi cerita, sama-sama bergelak ketawa seta bergurau senda..

Ada macam-macam kenangan..

Masam, manis, pahit semua ada..

Tapi itulah kenangan terindah yang saya xakan lupa sampai bila-bila..

Zaman persekolahan adalah kenangan yang best buat saya..

Maaf, agak emo sedikit apabila terkenangkan kenangan di waktu persekolahan..Hehee..

Ok2..Berbalik kepada sahabat baik saya yang baru mendapat gelaran ibu tue..

Rasa xsabar sebenarnya saya nak melawat pat (nick name beliau) dan baby gurlnya..

Yeyeh!!!Saya dapat anak menakan lagi..Hehehee...:)

Xsabar nak dukung baby tue..Hehee..

Pat, leh x nad nak pinjam bawak balik???Heheee..


"Baby..Baby..Baby..."~Lalalalalalaaaa... :P





*Mesti baby pat pun comei camnie gak kan..kan..Eeeii..Geramnya tengok baby2 nie..Hehee...:):):)




P/S: Nad doakan semoga pat menjadi isteri solehah dan ibu yg mithali..Amin Ya Rabb..Semoga tabah dalam menempuhi kehidupan mendatang..Rindu kamu!!!...:) 
Related Posts with Thumbnails