bUaT uKhTi MuSLiMaH sEjAti...(^_^)

MeRe NaAm....

"Org yg mmulakn mberi salam adalah trlpas drpd sfat smbong dan takbur"




Saturday, February 12, 2011

WaHai HaTi sEkaLiAn..bErSaBaRLah..JanGaN BiAr iA rEBaH...............



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Assalamualaikum..


Segala puji bagi ALLAH, pemilik nyawa ini..ALLAHUAKBAR..
Ya ALLAH..
HambaMu ini hanya insan kerdil di sisiMu..
Walaupun kerap kali tewas dek bisikan-bisikan nafsu..
Walaupun acap kali tersungkur di lambung ombak perasaan..
Walaupun sering kali rebah dan bangun silih berganti..
Engkau tetap menyayangi diri ini..
Syukurku yang tidak terhingga kepadaMu: 
Doaku yang sentiasa Engkau dengari..
Luahan hati telah sarat HambaMu ini kirimi..
Dan tanpa jemu Engkau memberkati diri ini..
HATI..
Hati ini Ya ALLAH, Hati ini yang begitu rapuh diamuk badai dunia..
HambaMu ini cuba untuk berlagak "kuat"..
HambaMu ini cuba untuk tidak goyah..
HambaMu ini cuba untuk tidak melatah..
Namun, kadangkala ia rebah jua..
Astagfirullahalazim..HambaMu ini memohon keampunan dari Engkau Yang Maha Hebat..
Ya ALLAH..
Kadangkala hati ini terasa begitu "gagah" di saat menerima uijian dariMu..
Namun, kadangkala hati ini beralih arah, berbolak balik dan resah menyelimuti kalbuku..
Kerana itu Ya ALLAH, Engkau ampunilah dosaku Ya ALLAH..
Hati ini dalam peganganMu..Engkau penuhkanlah ia dengan cahaya keimanan..
Ya ALLAH..
Dugaan dunia ini maha hebat..
HambaMu ini takut Ya ALLAH..
HambaMu ini gentar Ya ALLAH..
HambaMu ini hamba yang sentiasa khilaf Ya ALLAH..
Dengan itu, Engkau bimbinglah hati ini Ya ALLAH..
Kerana hambaMu ini tahu, hambaMu ini sedar..Yang segala-galanya bermula dengan hati..
"Innamal a'malu binniyat" : Sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat..Dan niat itu tentulah datang dari hati yang tulus suci..
Maka dengan itu Ya ALLAH, Engkau pimpinlah hati ini menuju ke jalanMu..Amin Ya Rabb..

                                                       Hasil Nukilan: 
                                                       NaD NaDiEyAh ALi



P/S:  UjiAn iTu SaTu TarBiyAh..HATI....JaNgAn MudAh KAU ReBaH..TiDaK pErLu CePaT mELaTaH..TeMpuHi DenGan HaTi YaNg TaBaH...

Monday, February 7, 2011

IsTeRi CeRdiK YaNg SoLeHaH...(^_^)

IsTeRSoLeHaH      

Isteri cerdik yang solehah..
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran..
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan..
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan..

 
Pandangan kita diperteguhkan..
Menjadikan kita tetap pendirian..
Ilmu yang diberi, dapat disimpan..
Kita lupa, dia mengingatkan..


Nasihat kita, dijadikan pakaian..
Silap kita, dia betulkan..
Penghibur di waktu kesunyian..
Terasa rahmat bila bersamanya..


Dia umpama tongkat si buta..
Bila tiada, satu kehilangan..
Dia ibarat simpanan ilmu..
Semoga kekal untuk diwariskan..

 
~Kumpulan Nasyid: Saff One ~
 
 

P/S: Saya sediakan secebis bingkisan buat tatapan kalian..Semoga setiap seorang daripada kita tergolong dalam golongan Soleh dan Solehah..Amin Ya Rabb..Saya pasti, setiap orang tentunya ingin mendapatkan pasangan yang baik sebagai pelengkap diri, untuk saling melengkapi antara satu sama lain..Namun, sedarlah bahawa kita bukanlah sehebat dan sesempurna Rasullullah S. A. W untuk mendambakan teman hidup seistiwewa Khadijah..Lantas, untuk mendapatkan yang terbaik, kita juga perlu menjadikan diri kita terbaik dalam setiap hal..Wallahulam…



Related Posts with Thumbnails